25.09.2011, Ahad - Hari ini Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar gempar kerana menerima tetamu yang tidak diundang. Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi bersama anak dan isteri serta pengikutnya telah datang ke Kuala Kangsar dan ingin memasuki Istana Iskandariah kira-kira jam 10:00hrs pagi tadi. Walau bagaimanapun hajat Raja Ahmad Nasir dan rombongan tidak kesampaian kerana Istana berkenaan dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Beliau dan rombongan kemudiannya kelihatan meninggalkan kawasan Istana dengan menaiki sebuah van dengan nombor pendaftaran ABY 423.
Raja Ahmad Nasir yang datang dari Gunung Rapat, Ipoh mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Perak dan tampil untuk menuntut haknya. Raja Ahmad Nasir adalah dari keturunan Raja Kulop Mohamad yang merupakan kekanda (abang) kepada Paduka Seri Sultan Idris Murshidul ‘azam Shah I atau Marhum Rahmatullah, Sultan Perak ke-28 yang memerintah diantara tahun 1887-1916.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.