26.08.2011, Jumaat - Hari nie Syah solat Jumaat di Masjid Negara dan macam biasa singgah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan Alfatihah kepada Penghuni Makam Pahlawan. Gambar diatas adalah Makam Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein, bekas Perdana Menteri Malaysia kedua yang menghembuskan nafas terakhirnya di London akibat Lukemia pada 14.01.1976. Anak jati Pahang dari Keturunan Bangsawan Bugis ini dilahirkan pada 11.03.1922. Allahyarham juga merupakan bapa kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang amat kita kasihi. Selepas pemergiannya, Allahyarham di kenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia dan legasi Allahyarham dalam dunia politik disambung oleh anaknya sebagai PM Malaysia ke-6.
Alfatihan buat anak bugis ini, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussin, Semuga Roh Allahyarham Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.
Semasa dimakam Syah terjumpa dua orang pelawat lelaki anak beranak dari negara India dan dia tanya Syah dalam bahasa inggeris - ini makam Sultan ker dan Syah jawab bukan, ini adalah makam Perdana Menteri Malaysia kedua. Anaknya bertanya Syah boleh ker ambil gambar dalam dewan solat dan Syah beritahu dia sepengatahuan Syah boleh. Sempat Syah suruh dia ambilkan gambar Syah di Makam Allahyarham Tun Abdul Razak, tu dia gambar diatas tu kalau tak alamat ambil gambar sorang-sorang jer lah jawabnya. Lepas tu Syah pun beredar masuk ke dewan solat dan tak nampak pula mereka.
Syah pun lupa nak tanya samada dia Islam atau tidak sebab orang bukan Islam boleh melawat ke kompaun Masjid negara tetapi dalam Dewan Solat Utama mereka tidak dibenarkan masuk kerana Syah lihat siap ada signboard "Only For Muslim" dipintu masuk Dewan Solat Utama tu. Lepas solat Syah terus balik ke pejabat dan tak larat nak tinjau-tinjau jualan Ramadhan diluar Masjid tue.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.