Friday, August 19, 2011

Perjalanan Hari Jumaat KeTempat Kerja

19.08.2011, Jumaat - Salam Jumaat semua dan apa khabar dan jangan lupa yer menunaikan Solat Jumaat kepada kaum Adam sekalian Heheheh.... saja ingat mengingati. Pagi nie sampai KTM Rawang jam 06:57hrs dan sempatlah naik komuter jam 07:05hrs. Tetapi masalahnya nak terkencing sesangat dari dalam bas lagi lalu Syah masuk terus ke toilet dan dalam hati kalau ada rezeki dapatlah naik keratapi nie. Syah kena ke bilik air kalau tak sakitlah alamat menahan kencing hingga sampaio KL Sentral. Selepas selesai urusan ditandas Syah keluar dan komuter masih ada, shukur alhamdulillah Syah dapat tempat duduk.

Walau bagaimanapun sampai jer Kepong Sentral Syah kesian tengok seorang wanita kaun India yang sarat mengandung dengan perut yang terboyot-boyot. Kesian plak dalam hati lalu Syah bagi dia duduk dan Syah berdiri sampai KL Sentral. Memanglah sepatutnya dia nie naik woman coach tetapi nak gerabak campuran juga dan tak apalah bagi jer lah dia duduk dan sian Syah tengok dia macam pegang perut dia, mungkin babynya menendang kot? Heheheh. Macam biasa dari KL Sentral naik LRT ker Kerinchi dan terus masuk pejabat. Dari pagi tadi sibuk menyediakan proses bayaran peserta program SL1M untuk September 2011 kena buat sekarang sebab banyak brooooo....150 orang dan buat melalui proses manual Direct AP dan awal bulan sembilan lepas raya kena kemas cubical dan pindah tempat, takut tak dan nak siap payment nie kalau tak buat dari sekarang.

Peserta TM Got Tallent yang di Indonesia pula ada masalah tak terima bayaran mereka dan terpaksalah menyemak dengan pihak akaun. Tanya sana-sini, call help desk dan ada benda yang ditanya tak pasti nak jawap, lalu call staf yang proses dan ada juga yang kita nak tak dapat dijawap dan minta call bahagian lain pula untuk maklumat lanjut dan orang tu tak angkat phone sebab cuti kot? macam tak berapa teratur plak sistemnya tapi tak perlah buat jer ler kalau tak kerja tak jalan nanti. Akhirnya Syah inform pengadu supaya menyemak akaun dia kerana mengikut pihak Akaun bayaran telah diproses dan jika masih tak dapat juga baru Syah akan mengadap mereka dan minta kepastian kenapa kata dah bayar tetapi penerima tak dapat payment tu.

Hehehe macam nielah sebahagian daripada tugas-tugas Syah. Kadang-kadang vendor/penerima bayaran niepun mengada-mengada kerana tak cek betul-betul account transection mereka terus kata tak dapat dan bila disuruh semak dengan bank barulah ada sebenarnya payment tu? Mengada kan...............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.