11.08.2011, Khamis - Pagi tadi Syah bangun agak lewat jam 05:30hrs dan terus Syah ambil supplement untuk lutut dan minum kerana waktu Imsak hampir tiba. Solat Subuh, bersiap dan keluar rumah macam biasa jam 06:25hrs tetapi Syah nampak bas sudah lalu depan jalan yang Syah selalu tunggu bas tu. Terpaksalah Syah tunggu sehingga bas tu berpatah semula ke jalan yang sama. Dalam hati kata mesti driver ganti nie sebab masanya lari dan bila bas sampai rupa-rupanya pemandu biasa tu tak tahu nape awal plak nie arine. Naik bas terpaksalah Syah berdiri kerana seat sudah penuh dan dapat duduk bila bas sampai area sekolah kerana ramai budak sekolah turun.
Sampai jer depan KTM, Komuter baru sampai dan terus Syah meluru masuk dan sukanya coz hari nie dapat train yang seatnya bercampur means dua-dua dan sebaris. Terus Syah ambil seat dua-dua betul-betul belakang pemandu komuter kerana Syah dapat masuk coach dulu sebab pintunya berhenti depan Syah. Heheheh. Hari nie sempat sampai sekitar 08:00hrs walaupun adalah lewat 5 minit sket.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.