Sunday, August 14, 2011

Perayaan Keagamaan Penganut Hindu @ Rawang Residence Syah

14.08.2011, Ahad - Selepas solat Insyak tadi Syah dengar macam ada dengar bunyi gendang muzik kaum India di hadapan rumah Syah. Dalam hati Syah kata mungkin jiran India lat satu rumah tu buat party sebab tengok semenjak hari Sabtu ada ramai orang kat rumah dia dan nampak anak-anaknya bersihkan barang-barang tembaga untuk sembahyang mereka. Lepas solat terus syah keluar rumah menjoyah sekejap dan memang ramai orang sepanjang jalan macam berarak, ada pemain muzik dan lori yang membawa Dewa mereka.

Rupa-rupanya ada upacara sembahyang penganut Hindu. Syah tengok jiran Syah tu siap letakkan peralatan sembahyang atas meja depan rumah dia. Syah minta kebenaran untuk ambil gambar dan dia kata boleh. Ada bekas tembaga yang Syah lihat mereka basuh Sabtu lepas. Selain daripada itu ada buah tembikai dan pisang serta macam-macam lagi yang Syah tak tahu apa namanya. Van yang membawa dewa mereka tu akan singgah kerumah-rumah yang hendak join sembahyang nie sahaja bukannya semua rumah penganut hindu.

Bila lori yang membawa dewa mereka datang, keluarga berkenaan akan mengambil semua peraltan sembahyang tadi kedepan dewa berkenaan serta sembahyang dan berdoa mengikut cara agama mereka. Selepas selesai lori akan bergerak ke distinasi seterusnya. Ramai betul Syah lihat penganut agama Hindu mengekori lori berkenaan dan dengarnya mereka akan berarak satu taman nie. Sembahyang nie di selenggarakan oleh salah sebuah kuil berhampiran highway rumah Syah tu menurut salah seorang ahli rombongan yang mengikut perarakan dewa tu, Syah tanya dia.

Ini adalah pertama kali perarakan seperti ini diadakan semenjak Syah duduk di area Rawang Residence Syah nie. Syah muatkan cerita nie diblog kerana hendak berkongsi dengan anda semua mengenai budaya dan upacara keagamaan kaum India yang beragama Hindu ...................kan kita nie 1 malaysia. Setakat untuk mengetahuinya sahaja dan tidak boleh diikuti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.