Syah pagi nie di KL Residence dan bukannya hendak balik kampung tetapi Syah ambil baju-baju Syah untuk dibawa balik ke Rawang Residence. Muss hantar ke Melati LRT Station jam 07:00hrs pagi tadi.
28.08.2011, Ahad - Semalam Syah tidur di KL Residence sebab petang tu Syah ke New York Midvalley kerana ada appointment dengan May Wan jam 16:30hrs dan habis jam 19:25hrs dan ada perbincangan sekejap dan lebih kurang 19:45 baru habis. Selepas urusan selesai Syah ke Midvalley beli buah dan mineral water sebelum bergerak ke surau di Jasco. Syah beli buah campur RM3.50 satu bekas tetapi kebanyakan buahnya tawar gila tak tahu nape dan betiknya muda plak tu cuma tembikai susu dan anggur jer yang ok. Syah solat Maghrib , qada Asar dan tunggu Insyak baru Syah bergerak balik ke KL. Ramainya orang masa Maghrib tu dan terpaksa beratur panjang untuk masuk surau. Syah tunggu shuttle bus sambil makan buah yang dibeli tadi dan sampai LRT Taman Melati jam 22:00hrs dan Syah singgah di Restoran Citarasa Cengkih untuk buka puasa dengan Milo O Panas dan Meehoon Tomyam.
Selepas makan Syah balik ke KL Residence dan Muss serta Cd dah masuk tidur, kemudiannya Muss keluar tanya khabar Syah. Syah sempat main-main sekejap dengan Hamster, Noami dan Blakie. Hamster nampak kurus dan tanya Muss nape kucing tu kurus dan kata Muss makanan dia dah habis. Rumahpun nampak gelap dan Muss kata nak jimat elektrik ialah sekarang tarif bayaran elektrik kan dah naik. Syah juga pinjam broadband Muss untuk bawa balik ke kampung kerana dirumah Ayahanda tak ada streamyx cuma dirumah Bonda Ejon jer ada. Pagi tadi masa Syah bangun Muss kata kalau nak gerak inform sebab dia nak hantar walaupun pada awalnya Syah kata tak perlu sebab syah boleh jalan sendiri tetapi dianak hantar juga dan syah ikut jer. By the way thanx Muss.
Sebelum keluar sempat jumpa Hamster, Noami dan Blakie kecuali Cd yang Muss kata tidur, tak tahu lah.............. Dari LRT Melati Syah turun di KL Sentral dan nasib baik masuk jer KTM train pun sampai. Shukur alhamdulillah dan dari KTM Rawang Syah naik kereta sapu sebab malas nak naik bas sebab bawa tiga buah beg. Senang naik kereta sapu mereka caj RM10.00. Sampai rumah Syah kemas sedikit pokok-pokok depan rumah sambil panaskan AEL dan Basuh baju. Semenjak malam tadi Syah call Mamat tak dapat-dapat lalu Syah call Kak Long inform Mamat Syah balik kampung sendiri naik bas. Ayahandapun ada call tadi tanyakan khabar. Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.