01.08.2011, Isnin - Sekarang jam 16:20hrs dan Syah berada di Wad Kak Lang Ella kerana baru sahaja habis temankan Kak Lang Ella buat fisio di Aras 1, Hospital Pakar Ampang Puteri. Syah bawa Kak Lang Ella buat fisio menggunakan kerusi roda kerana dia masih tak boleh berjalan lagi. Jam 14:30hrs tadi staff fisio call minta datang. Lama gak buat senaman lebih kurang 1jam 30minit. Kat bilik rawatan tadi, sambil tunggu Kak Lang Syah bersenam sedikit menggunakan peralatan gym kat situ. Esok jam 08:30hrs Kak Lang diminta datang lagi buat fisio. Esok Syah dah mula kerja dan kata Kak Lang nurse boleh hantarkan dia buat fisio nanti lagipun anaknya Firdaus tak boleh datang kerana Ku Chik nak sekolah.
Hari nie Syah buka puasa kat hospital dengan Kak Lang dan lepas buka nanti baru Syah balik semula ke KL Residence. Tak solat terawikh hari nie, Insyallah esok Syah solat terawikh. Tanya staff fisio tadi kat mana nak beli makanan dan katanya dekat Ampang Point ada jual makanan tapi taklah banyak sangat. Ok lah Syah nak solat Asar dan kemudian ke Ampang Point untuk beli juadah buka puasa. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.