Monday, August 8, 2011

Buka Puasa Hari Kelapan di Restoran De Anjung, Rawang.

Dah Sorang-Sorang Terpaksalah Melentok Macam Nie Ambil Gambar Sendiri. Ala-Ala Manja, Boleh...........Hehehhehehe.............

08.08.2011, Isnin - Hari nie Syah balik ke Rawang Residence dan naik Komuter. Hari nie taklah macam Jumaat lepas bersesak dan bertolak-tolak yang teruk mungkin perjalan train teratur ada juaga tolak menolak tu taklah seteruk Jumaat lepas. Sampai Rawang approx jam 18:30hrs dan Syah beli nenas dan lepak sebentar di KTM sementara menunggu waktu berbuka puasa. Masa di KTM kebetulan bersembang dengan seorang warga Indonesia dan dia inform baru balik Putraja uruskan sendiri pendaftaran pemutihan. Katanya lebih mudah buat sendiri dan prosesnya hanya memakan masa 4 - 5 jam sahaja dengan kadar bayaran RM35.00 tak termasuk perbelanjaan transportation, compare ajen yang buatkan mereka caj RM350.00 - RM450.00 seorang. Syah ambil nombor telefon dia sebab nak cat bahagian luar rumah rasanya dan dia juga minta phone Syah untuk boss dia hubungi berhubung perkara nie. Syah inform Syah tak janji cuma nak tanya sahaja dahulu.FOC dari De Anjung - Buah Kurma (tak ada dalam gambar) Agar-Agar dan Kuih Bunga (makanan orang Patani, Selatan Thai)

Hampir jam 19:00hrs Syah jalan kaki ke De Anjung Seafood di Bandar Rawang untuk berbuka puasa. Hari nie Syah order nasi Goreng USA, Tomyam Ayam dan Sayur serta Lai Chee Kang Panas. De Anjung beri Syah kurma, agar-agar dan sejenis kuih orang Patani dan bila Syah tanya Kuih Bunga katanya. Kuih nie katanya diperbuat dari tepung, mula-mula Syah ingatkan pisang rupa-rupanya tepung yang Syah rasa dimasak dahulu dalam air panas macam buah melaka tu kot. Mungkin tepung beras atau ubi sebab rasanya liat sket. kemudian digoreng dengan saduran telur jadi macam begedil tu. Kemudian dicurahkan air gula. Oklah tepung tu tawar dan ada manis-manisnya sebab ada air gula cuma agak hanyir sedikit sebab digoreng dengan telur.

Memang kenyang betul hari nie hingga Syah minta mereka bungkus jer Lai Chee Kang tu sebab tak larat nak makan lagi. Buka puasa hari nie RM13.00. Dari De AnjSyah budget time jam 20:00hrs untuk gerak jalan kaki ke stesyen bas untuk balik ke Rawang Residence naik last bus jam 20:30hrs. Kalau di Rawang memang macam nielah style bulan puasa Syah sebab malas nak tapaw makan kat rumah kerana kena basuh pinggan lagi dan bersihkan itu ini, senang makan kat luar jer tapi kalau rajin sekali sekala berbuka juga kat rumah nanti tapi blom lagi lah plak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.