Saturday, August 6, 2011

Bekas Raja Kemboja Berangkat Ke Cina Untuk Pemeriksaan Perubatan

Bekas Raja Kemboja, Norodom Sihananouk - gambar fail

06.08.2011, Sabtu - Bekas Raja Kemboja, Noorodom Sihananouk yang berusia 88 tahun dilaporkan telah berangkat ke Cina pada Selasa lepas bersamaan 03.08.2011 untuk mendapatkan pemeriksaan rawatan perubatan. Baginda yang turun tahta pada 2004 atas faktor lanjut usia dan masalah kesihatan telah digantikan oleh Puteranya, HM King Norodom Sihamoni. Setelah turun tahta, gelaran rasmi baginda adalah Preah Karuna Preah Bat Sâmdech Preah Norodom Sihanouk Preahmâhaviraksat. Walaupun telah turun tahta, baginda masih lagi dihormati dan disanjung tinggi oleh rakyat Kemboja keseluruhannya.

Baginda yang mengalami pelbagai penyakit diantaranya kanser, kencing manis serta darah tinggi sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Cina dalam jangkamasa yang panjang dan telah kembali semula ke Kemboja pada April lepas. Prince Sisowath Sirirath yang merupakan Timbalan Kedua Presiden Royalist Funcinpec Party dalam kenyataannya memaklumkan bahawa baginda berangkat ke Cina bagi pemeriksaan kesihatan supaya boleh hidup lama lagi bersama rakyat baginda. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan tarikh keberangkatan pulang baginda ke Kemboja.

Baginda dilaporkan kelihatan gembira sebelum memasuki pesawat dengan ditemani oleh isteri baginda sambil tersenyum dan mendakap kedua-dua tangan baginda sebagai adat tradisi Kemboja sebagai tanda hormat kepada para hadirin yang mengiringi keberangkata baginda ke Cina. Turut serta mengucapkan selamat jalan kepada baginda di Lapangan Terbang Phnom Penh diantaranya HM King Norodom Sihamoni, Perdana Menteri Hun Sen dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Setelah turun dari tahta, baginda adakalanya menggunakan laman sesawang baginda untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Salah satu mesej terbaru baginda bertarikh 30.07.2011 menyatakan permohonan maaf baginda kerana berada dalam keadaan yang meletihkan dan tidak dapat menerima tetamu. Kenyataan baginda, dalam lama sesawang berkenaan yang diposkan dalam tulisan tangan menyatakan " The truth is that ....... I often fall asleep. I spend most of my time in my bedroom".

Baginda juga pernah memaklumkan dalam laman sesawangnya pada 2009 bahawa baginda telah hidup terlalu lama dan berhajat agar meninggal dunia secepat mungkin, katanya "Lengthy longevity bears on me like an unbearable weight" Syah berharap agar baginda Norodom Sihanouk beransur sihat serta dipanjangkan lagi umur baginda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.