Tuesday, August 30, 2011

Agong Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara

Kelihatan Yang di-Pertuan Agong bersalaman dengan tetamu di Majlis Istana Terbuka sambil diperhatikan oleh anakanda baginda yang merupakan Pemangku Raja Terengganu, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - Gambar dari Bernama.

30.08.2011, Selasa - Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama-sama 15,000 jemaah lainnya. Turut mengiringi baginda adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing disamping menteri kabinet dan para diplomat assing. Solat Sunat Aidilfitri hari ini telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Selepas selesai Khutbah Aidilfitri, Tuanku Mizan telah beramah mesra dengan para jamaah lainnya sebelum berangkat pulang untuk Majlis Istana Terbuka di Istana Negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.