09.08.2011, Selasa - Hari nie Syah dari Rawang Residence dan ke pejabat menaiki Komuter. Macam biasa dalam komuter Syah dengar lagu menggunakan earphone dan pejamkan mata tiba-tiba Syah dengar ada orang bersin dan habis tangan kanan Syah basah kena air liur dia. Seluar Syah kat bahagian lutut pun rasa macam basah sedikit. Secara sepontan terus Syah keluarkan ayat "Ooooooo Shit" dengan kuatnya. Dan remaja lelaki tu kata Sorry...Sorry.... Lepas tu rasa menyesal lak marah dia mungkin dia tak sengaja. Terus Syah keluarkan tisu dan lap tangan Syah, untung pagi tadi sebelum keluar Syah tiba-tiba jer ambil beberapa helai tisu dan letak dalam poket baju. Rupa-rupanya ada kejadian nak berlaku.
Syah perhatikan dia mungkin demam atau selsema tapi nampak tak tanda-tanda sakit means dia memang tiba-tiba bersin. Kalau dia berhingus tadi hendak juga Syah berikan tisu dan inform lain kali kalau bersin tutup mulut. Bengang plak Syah ............dahlah Komuter berhenti agak lama dan berjalan slow adalah 40 minit baru Syah dapat cuci tangan Syah dengan sabun di LRT KL Sentral. Kalau anda ditempat Syah mesti anda marahkan kerana habis tangan kita basah dan dia pula tak tutup mulut bila bersin dikhalayak ramai. Mana dengan bakteria dalam mulut dia kat tangan kita lagi. Tulah agaknya kat rumah dah biasa main sembur jer bila bersin dan tak dapat bezakan antara dirumah atau depan orang ramai.
Syah perhatikan muka dia, ingatkan melayu atau cina tetapi dia berhenti di Stesyen Putra dan Syah nampak pakai seluar kelabu. Sah dia nie bersekolah di Sekolah Indonesia yang ada di kawasan tu. Orang Indonesia rupanya. Adoiiiiiii.....pada anda semua kalau hendak bersin dalam public transport atau depan orang ramai janganlah buat macam mana budak nie buat yer, nanti orang kata kita tak ada adap pula.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.