Thursday, July 28, 2011

Tuanku Mizan dan Rombongan Melawat Pameran Earth Award Exhibition di London

Tuanku Mizan di Sambut Oleh Prince Charles Setibanya Baginda Di Clarence House - Gambar dari Bernama.

28.07.2011, Khamis - Semalam KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang berada di London telah berkenan berangkat menghadiri Earth Award Exhibition sempena Pameran Prince of Wales Prince Charles' START yang diadakan di Clarence and Lancaster House Gardens. Keberangkatan tiba baginda berdua ke Istana Rasmi Prince Charles disambut sendiri oleh Prince Charles lebih kurang jam 17:45 waktu London. Seterusnya baginda telah dibawa melawat pameran Forest garden, Eco-Villa, Container Gallery dan Eco-Cars. Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Ng YenYen dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof. Seramai 200 orang menghadiri jemputan ini semalam. Baginda berdua berada di London semenjak kembali dari lawatan rasmi negara ke Korea pada 20.07.2011 lepas.

Baginda dan rombongan telah diberi taklimat oleh Louise Thompson yang merupakan seorang pereka, pencipta dan pembawa pembaharuan dalam reka bentuk berimaginasi serta inovasi paling cangih di Britain. Diantara rekan terbaru beliau adalah Eco-Villa yang merupakan suit hotel sifar-perlepasan. Dalam rekaan ini Thompson menghasilkan dinding jerami yang dimampat dan dikeraskan menggunakan campuran tanah liat, lumpur dan mortar kapur untuk disesuaikan dengan suhu dan musim yang pelbagai. Buah Berangan telah digunakan mencantumkan rumah ini sekaligus menjadikan Eco-Villa ini mudah dialih dan dipasang semula selepas pameran untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pendidikan.

Dari Clarence House, baginda dan rombongan bertolak ke Lancaster House Garden untuk melawat lebih banyak pameran serta beramah mesra dengan tetamu lainnya sebelum lawatan berakhir pada jam 19:10hrs. Tuanku Mizan merupakan penaung kepada Earth Awards yang merupakan inisiatif Malaysia yang diasakan pada 2008 untuk pencarian global bagi ilham rekabentuk berimaginasi dan inovasi terbaru paling canggih dalam kelestarian. Earth Award telah dijemput untuk berkongsi platform di London bersama Inisiatif Prince of Wales, START pada 2010. START bermatlamat membantu penduduk seluruh United Kingdom untuk menikmati kehidupan yang lebih listari.

Pameran kali ini disertai oleh 65 buah negara dengan 500 penyertaan dengan turut menarik beberapa institusi terkemuka untuk menyertainya seperti Yale, Harvard, Massachusetts Institute of Technology, Oxford dan Cambridge. Inovasi ini dibahagikan kepada enam kategori iaitu membangunkan persekitaran, produk, fesyen, sistem, keadilan sosial dan masa depan. Pemenang setiap kategori akan menerim USD10,000 dan pemenang utama akan memperolehi USD50,000.00.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.