Syahpun ikut jerlah orang ramai naik bas yang disediakan untuk ke KL Sentral. Alamak jalan jem gila dan Syah kata dalam hati alamat lambatlah sampai Jalan TAR dan takut kedai jual bahan-bahan perkahwinan tu tutup. Bila sampai ke stesyen KTM KL Syah tengok ada orang turun dan Syahpun turun sama. Tanya pekerja kat situ nak punch kad kat mana dan dia tunjukkan arah tempat yang sepatutnya Syah tuju. On the way ketempat tu Syah nampak ramai pekerja sedang membuat kerja baikpulih rail komuter dan keratapi dan Syah nampak macam bumbung pecah teruk macam taufan pula. Macam biasa bila ada benda nampak lain naluri nak ambil gambar tu datang berkobar-kobar dan on jer lah cam. Lepas habis ambil gambar Syah tanya security kat mana nak punch out.
Sempat tanya dia kenapa stesyen tutup. Rupa-rupanya kali ini bukan salah Komuter/KTM masalah nie tetapi salah pihak lain. Menurut security tu, sebuah krain yang buat kerja diluar kawasan KTM terbalik dan batang krain yang panjang tu menghempap kawasan KTM tu yang Syah nampak bumbung masa kena taufan tadi tu. Syah tak tanya pula samada berlaku kemalangan jiwa, rasanya tak ada tu dan kalau ada mesti dia cerita? Syah nampak krain yang dia perkatakan tu lalu Syah pergi kekawasan Krain tu, adalah 5minit perjaanan dan ambil gambar keadaan disitu. Memang teruk keadaannya banyak benda yang pecah termasuklah bumbung pejalan kaki. Dah minat dan Syah upload di Facebook, kalau nak tengok sudi-sudikan ke FB Syah yer .Agaknya insiden nie berlaku waktu malam kot?
Dari KTM KL Syah ke CM dan jalan kaki ke Jalan TAR. Sempat lagi dan kedai tak tutup. Hari tu Syah ada beli daun emas untuk coklat hantara dan satu pack tak guna lalu Syah tanya pekerja kat situ samada boleh tukar kerana Syah nak beli daun merah untuk duit RM10 itew. Untung tauke kata ok. Lepas beli keperluan tu Syah jalan-jalan Pasar Malam dan beli kacang rebus, jagung bakar dan minum air tebu. Lepas tu Syah balik KL Residence dan sampai KL Residence waktu Azan Maghrib. Lepas soalt Syah kekedai gunting untuk bercukur bagi smart sket untuk majlis bertunang esok. Ok lah sekarag jam 02:06hrs danSyah hendak menidurkan diri coz esok jam 06:00hrs SYah nak bangun dan bersiap untuk Majlis nie.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.