Tuesday, July 5, 2011

Minum Herbalife Pagi-Pagi Sebagai Breakfast

Nielah dia Keperluan Untuk Menyediakan Herbalife


05.07.2011, Selasa - Pagi nie di KL Residence dan Syah terbangun beberapa minit sebelum azan Subuh. Kunci alarm jam 05:00hrs tetapi tak dengo lak mungkin ada yang salah set tu agaknye hehehehe. Bangun jer Syah makan supplement untuk lutut dan buat Herbalife untuk breakfast. 1st minum Herba Aloe (sejuk), 2nd Teh Mix Lemon and Hibiscuc dan last sekali buat Nutritious Mixed Soy Powder Drink - French Vanila Flavour pilihan Syah. Yang last nie banyak songeh sket coz banyak step untuk menyediakannya. Minuman kesihatan nie elok diminum ketika perut kosong.

Mula-mula kena blend 3 scope powder nie dengan 100ml air selama dua minit, masukkan 200 ml kuib ice dan 100ml air lagi dan blend selama 2 minit. Biasanya Syah akan masukkan dalam container dan minum sambil berjalan ke Stesyen LRT dan dalam LRT. Actually kalau nak cepat goncang jer powder nie dalam shaker tetapi ini adalah cara terbaik yang disyorkan. Jika anda menggunakan herbalife anda akan dapat bezakan rasannya apabila di shake sahaja atau ikut step yang Syah mentioned as above. Lain rasanya dan lebih sedap. Bila dah ambil minuman nie tak perlu ambil breakfast kerana kita akan rasa kenyang.

Dalam dua minggu nie Syah nak control makan dan diet. Rasa baan dah berat. Actually apa-apapun sebenarnya kita kena kontrol pemakanan kita jika ingin stay pada berat badan yang diingini. Jika tidak makan ubat dari langitpun kalau tak jaga disiplin permakanan, iannya tak akan menjadi. Kalau di KL Residence bolehlah Syah bua herbalife pagi dan malam tetapi kalau di Rawang tak boleh kerana perjalanan agak jauh dan tak cukup masa untuk menyediakkannya.

Lagipun kalau tengah perjalanan nak kencing macam mana masalah wey........... Penyediaan herbalife nie menggunakan banyak air. Aloe tu kena minum dengan 500ml air, teh pun 500ml air dan Soy tu juga approx 500ml air. So.......... banyangkan kita minum 1500ml air mestilah terkencing-kencingkan. Kita juga kena minum mineral water dengan banyak untuk buangkan lemak dan toksin dalam badan. Tip untuk elak rasa lapar jangan sesekali ingatkan makanan naya failed dan jika rasa lapar minum air kosong banyak-banyak. Insyallah hilang rasa lapar tu.

So kenalah ikut peraturan kalau nak berjaya dalam diet nie. Kalau buat herbalife pagi-pagi Syah tak boleh ikut Muss pergi kerja dan kena jalan sendiri ke LRT kerana Muss akan keluar jam 07:00hrs dan Syah tak sempat nak ikut kerana menyediakan minuman nie. Sekarang jam 06:51hrs dan Syah nak mandi dan sediakan last drink yang perlu diblend tu. Pagi nie kerja banyak dan ada Fisio plak ........ Hemmmmmmmmmmm, Jumpa lagi di lain Entry.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.