Monday, July 18, 2011

DBKL Angkut Kereta Terbiar

Beginilah keadah yang digunakan oleh DBKL untuk mengangkut kereta-kereta terbiar pada pagi ini dikawasan Indah Apartments, Taman Setapak Indah.

18.07,2011, Isnin - Hari nie Syah ada di KL Residence dan Syah rasa macam deman semula dan tak kerja hari nie. Kepala sakit sedikit dan mata rasa pedih dan badan Syah rasa lemah sket. Selepas mandi Syah intai kat tingkap dan nampak lori DBKL dan dalam hati kata apalah dia orang nak buat nie. Kemudian bila Syah intai lagi nampak mereka dah naikan kereta merah jiran atas rumah Syah tu. Kereta terbiar dan buruk yang diletakkan tepi jalan. Cepat-cepat Syah ambil kamera dan rakamkan tetapi tak sempat kerana kereta tu dah ada atas lori mereka.

Kemudiannya mereka beralih pula kekereta putih depan guard room apartment sebelah dan masa tu kebetulan Syah nampak dan Syahpun keluar semula dan rakamkan gambar-gambar kereta tu dimasukkan dalam lori. Mereka ikat kereta tu dengan tali khas melalui bumbung dan angkat menggunakan krain. Sekejap jer mereka buat kerja adalah tak sampai 10 minit pun. Masa Syah ambil gambar tu Syah dalam compaun Syah bukan kat jalanraya. Ada diantar mereka tanya awak punya ker tetapi Syah kata bukan.

Mungkin dia ingat Syah punya coz Syah ambil gambar mereka. Lepas tu ada juga salah seorang dari mereka cakap ambil, jangan tak ambil gambar. So syah nak kongsi gambar-gambar nie dengan anda semua. Kereta-kereta nie sebenarnya dah lama terbiar kat luar dan ada yang pecah tayar, cermin pecahlah dan macam-macam lagi. Mungkin ada orang complain kot dan sebab tu bandaraya angkut kerana kereta-kereta tu tak pakaipun dan sekurang-kurangnya adalah parking kosong kat luar untuk penduduk kerana kami hanya ada satu parking sahaja untuk setiap apartment.

Jom lihat gambar-gambar seterusnya di fb Syah, click link nie :-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.