11.07.2011, Isnin - Dapat tempat duduk tapi tak jadi duduk................. Apa benda nya tu yek? Nie lah nak citer sket pasal pasangan India yang duduk berdua didepan sekali tu. Masa Syah dan Arip tunggu train untuk ke KL Sentral, train yang datang adalah train ke Sungai Gadut dan train tu datang dari stesyen sebelum KTM Rawang. Macam biasa tempat duduk penuh dan yang kosong terhad dan mestilah berebut masuk bila pintu dibuka. Nak jadi cerita Syah dah masuk dan nak duduk tempat kosong tu, tiba-tiba Indian Guy yang duduk sebelah tu duduk ditengah-tengah diantara dua seat tu dan katannya ada orang. Means dia tak bagi duduklah tu.
Rupa-rupanya dia sparekan seat tu untuk teman wanita dia yang naik kat Stesyen Rawang tu rupanya, dia dari stesyen sebelum nie. Untung mood Syah baik pagi nie dan Syah cuma cakap boleh booking pulak yer, entah dia faham entah tidak apa yang Syah cakap. Kalau moody pagi tadi Syah akan duduk selamba jer coz kita yang naik dulukan. Bila Syah alih tempat lain girl friend dia cakap sorry yer....... dan Syah senyum. Hilang rasa nak marah (sedikit jer rasa marah) sebab perempuan tu kata sorry.
Arip dapat duduk dan Syah berdiri ditempat Arip duduk tu dan memang selesa tempat Syah berdiri tu tak ada orang boleh kacau walaupun train penuh kerana ruangan kosong tu hanya muat untuk dua orang sahaja. Macam biasa orang berhimpit tetapi Syah ok jer relex kat tempat tu cuma berdiri jer lah. Itulah keistemewaan yang Allah beri ganjarannya kat kita kalau kita tak berkira sangat. Kalau Syah duduk pun tadi belum tentu selesa kerana orang akan berdiri depan kita mana dengan begnya lah, terpijak kakilah etc....etc...etc...
Kepada anda semua sikap lelaki India nie bagi Syah mementingkan diri sendiri kerana ia menggunakan public transport yang sepatutnya attitude seperti ini tidak berlaku. Kita kat Malaysia dan bukannya kat ........... tak payahlah sebut nama negaranya tu kan? Jangan amalkan tabiat buruk seperti lelaki India ini. Walau bagaimanapun jika dilihat dari sudu yang berlainan pula iannya menunjukkan sikap setiakawan yang ada pada dirinya yang carring tu di mana ia sanggup menghadapi risiko demi orang yang dia sayang/kenal.
By the way nak share sket mengenai booking membooking tempat nie. Ini kes dalam bas dari Pekan Rawang ke Rawang Residence Syah. Dulu ada juga seorang wanita India yang baik dengan konduktor nie kalau dia dapat tempat duduk dibahagian hadapan dia tak bagi orang lain duduk. Bila nak duduk sahaja dia akan kata "Ada Orang". dia sparekan untuk kawan dia. Pernah seorang lelaki India membebel kat dia kerana dia tak bagi duduk dan mukanya selamba jer macam tak ada benda berlaku. Kes lain pula, beberapa kali Syah lihat, bila orang lain beratur nak naik bas, ada seorang wanita India ni balingkan beg dia melalui tingkap dan letak atas seat. Bila orang naik nampak ada beg dan tak duduklah seat tu, jadi senang-senang jer dia dapat tempat duduk.
Inilah pengalaman-pengalaman yang Syah nak kongsi dengan anda semua yang kami lalui sebagai pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan dimana-mana juga di Malaysia nie. Mungkin ada yang lebih teruk lagi dari ini agaknya yer? Orang-orang yang mementingkan diri sendiri atau selfish nie ada dimana-mana sahaja disekeliling kita tetapi biasanya orang-orang seperti ini tak akan bahagia hidupnya, Percayalah ..............
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.