



Selepas tu mereka bersanding diluar rumah untuk tatapan para hadirin kerana majlis persandingan diadakan dalam rumah dan biasanya tak semua dapat menyaksikannya, kaum perempuan jer yang biasanya masuk rumah. Inilah salah satu cara untuk para hadirin menyaksikan pengantin dari dekat pada masa dahulu. Lepas tu diadakan pertunjukan silat oleh dua orang individu dari sebelah pengantin lelaki dihadapan pengantin. Kalau zaman dahulu pengantin lelaki diarak dengan menyompong mereka iaitu pengantin didukung diatas bahu dan berarak ke rumah penganti perempuan. Ini jer mereka tak buat mungkin kat Johor tak ada kot cara nie. Selepas habis bersilat pengantin diarak masuk kedalam rumah untuk bersanding.
Haa................. dah namapun orang Johor kan mesti ada tol. Tol tu macam kita nak masuk highway kenalah bayarkan. Samalah konsepnya tu, pengantin lelaki nak masuk rumah kena bayar tol. Saja suka-suka bagi memeriahkan majlis. Bila pengantin nak masuk jer depan pintu pagar ada sebaris wanita menghalang dan minta tol. Wakil pihak lelaki berbincang dan wanita-wanita berkenaan sambil buat lawak dan serahkan sarung ampau kepada mereka. Nak masuk jer pintu rumah sebaris wanita lagi menghalang pintu dan minta bayar tol lagi. Wakil lelaki buat lawak kata tak ada duit, tapi tak ada tol tak boleh masuk dan bagi lagi tol pada semua anak-anak dan mak-mak dara tu. Nak melangkah naik pelamin pun kena tol lagi. Alamak .......... ada seorang wanita duduk sebelah pengantin perempuan dan minta tol kalau pengantin lelaki nak duduk. Lepas bagi tol wanita tu sempat beri nasihat "Jaga dia baik-baik sampai akhir hayat".
Selepas tu diadakan pula bacaan doa selamat sebagai tanda kesyukuran. Para jemputan sebelah lelaki diminta masuk kerumah dan ada sebahagiannya duduk dimeja VIP yang disediakan berhampiran meja makan utama pengantin. Syah sempat merakamkan kedua mempelai diatas pelamin sebelum Muss ajak Syah balik. Syah tak tunggupun majlis merenjis dan makan nasi adap-adap serta upacara memotong kek. Ada Syah tengok kek tu atas meja tapi tak dapat tengok bentuknya kerana dalam kotak, kek setingkat.


Hiasan meja pengantinpun cantik bewarna purple dan ada sangkar burung lagi atas meja manakala jamuan untuk rombongan pihak lelaki menggunakan dome. Selepas tu kami salam bapa pengantin sebelum meninggalkan majlis. Sebelum balik Mazelan bagi lagi sebungkus nasi minyak pada Muss, dua semuanya. Dulu kalau dikampung Syah, Orang Jawa biaanya bila para jemputan balik kenduri kahwin mereka, ada orang akan bagi bungkusan nasi untuk dibawa balik atau ada menyebutnya nasi berkat atau macam nasi ambangpun ada.
Skroll yang anda lihat dalam gambar diatas adalah kad jemputan kahwin anak Mazelan iaitu Fatin Fasihah binti Mazelan dan Hazriansyah bin Kamalsha. Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan esok bersamaan hari Ahad di Masjid UNITEN, KM 7, Jalan Kajang - Puchong. Zaman dahulu macam nielah majlis dibuat selang sehari tetapi sekarang biasanya orang buat selang seminggu kononnya hendak relax dan tak tergesa-gesa tetapi pengantin kira dah basi, tak fresh lagi.............. hehehehe. Barang-barang yang lain tu souvenir untuk hadirin dalam kotak khas mengandungi kerepek, bahulu dan telur, cantik bekas telurnya dan boleh simpan buat hiasan. Oklah .......... tu jer nak inform pasal majlis perkahwinan nie, memang meriah dan mengembalikan nastolgia perkahwinan zaman dahulu dan rasa puas tengok majlis yang macam nie. Susah nak cari di KL sekarang majlis macam seperti ini.

1 comment:
Terima kasih kerana membuat review tentang hari perkahwinan saya.
Alhamdulillah dah nak masuk tahun ketiga.
Selalu tersenyum bila baca entri ni. kenangan. hihi
Post a Comment