20.07.2011, Rabu - Petang tadi lebih kurang jam 18:00hrs Muss call Syah dan tanya dimana dan Syah inform masih dioffice lagi dan dia kata jangan beli makanan sebab dia sudah tapaukan Syah Nasi Kukus Ayam Goreng. Syah keluar office hampir jam 18:30hrs dan sampai KL Residence selepas waktu Maghrib. Masa Syah sampai Muss baru nak keluar hantar Cd ada tugas sedikit di 7E Medan Idaman. Selepas solat Maghrib Syah makan Nasi Kukus Ayam Goreng tu. Syah jarang makan malam tapi Muss dah belikan makan jerlah lagipun Syah kan tak sihat sekarang nie, kenalah makan sedikit. Mus selalu beli nasi nie dan Syah suka nasi yang Muss beli nie kerana ayamnya besar tak seperti nasi kukus ayam goreng yang lain dimana ayamnya kecil jer Memanglah harganya mahal sedikit tetapi kita puas makannya..
Nasi nie didatangkan dengan Nasi yang dikukus, Ayam Goreng Berempah, Kuah Kari dan Sambal Belacan. Memang sedap dan ringkas tak banyak lauk sangat. Syah makan diruang tamu sambil menonton TV dan mentenet. Sekarang jam 21:20hrs dan Muss baru balik dari hantar Cd tadi dan bawa balik VCD, patutlah lama rupanya gi kedai VCD. Muss nie memang kaki VCD dan ada jer cerita-cerita lama dan baru yang dibelinya sampaikan koleksi VCD kat KL Residence nie boleh buka kedai jual atau sewa VDC. Masa makan tadi chat dengan Kak Long Zainab dan dia nasihatkan Syah buat pemeriksaan doktor kerana Syah rasa macam nak demam tu lama sangat.
Syah sebenarnya masih tak sihat lagi. Kat office tadi masa jalan hantar dokumen ke TM Annexe 2 tadi Syah rasa macam nak pitam sedikit. Sekarang niepun rasa macam nak demam jer. Sakit perut tu dah beransur pulih. Kepala Syah pening sedikit ada masa-masanya da Syah rasa lemah dan letih. Walau bagaimanapun Syah tak boleh cuti kerana minggu ni account closing, banyak yang perlu disediakan dahlah Isnin, Selasa hari tu Syah MC. Nak buat macam mana dah kerja dan ada target yang perlu dipatuhi. Oklah Syah nak mandi dan solat Insyak. Sehingga berjumpa lagi esok di lain entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.