Saturday, July 16, 2011

Bertolak ke KL Residence

16.07.2011, Sabtu - Hari nie selepas Zohor Syah akan ke KL Residence kerana esok Syah dan Muss akan ke Kajang melalui KL sebab dekat sedikit. Masa ambil surat tadi nampak notic daripada Persatuan Penduduk yang menjemput penduduk-penduduk terutamanya kaum lelaki mengadakan rondaan pada malam nie sebagai langkah berjaga-jaga menangani masalah kecurian yang berlaku di kawasan Rawang Residence Syah, Nampak gayanya tak dapatlah join kerana Syah hendak balik KL. Hari nie peha Syah rasa lain jer macam nilu.

Sebelum balik nanti Syah hendak singgah ke Masjid Jamik ingat nak beli bahan buatkan gubahan bunga duit RM10.00 sebanyak 10 kuntum yang akan diletak pada bekas hantaran untuk cincin tunang. Kak Long Janet dah buat kan dan Syah tengok macam terlalu besar dan Syah hendak buat yang kecil dan suruh dia pilih esok dia hendak yang mana satu. Kalau dia nak yang besar tupun Syah tak kisah. Mana-mana aje kerana yang penting majlis esok berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Oklah Syah hendak sediakan baju untuk dibawa ke KL Residence terutamanya baju kemeja purple yang akan dipakai mengikut tema keluarga kami. Orkies................ sehingga berjumpa lagi dilain entry.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.