15.07.2011, Jumaat - Tehran Times pada 14.07.2011 melaporkan bahawa terdapat khabar angin menyatakan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Sultan bin Abdul Aziz berada dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan di New York Hospital.
“The Saudi crown prince went into a coma hours after he was operated on for an unidentified cancer on Wednesday. He is still unconscious and has shown no sign of improvement or indication that he is likely to recover,” kenyataan ini dipetik dari sumber yang tidak mahu dikenalpasti dan diterbitkan oleh IRNA (sebuah agensi berita Iran) pada hari Isnin lepas. Sumber berkenaan dilaporkan tidak memberi butiran lanjut secara terperinci mengenai keadaan kesihatan Putera Mahkota Sultan dan enggan dikenalpasti.
Putera Mahkota Sultan yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan selama 50 tahun telah berjuang melawan penyakit kansernya beberapa tahun kebelakangan ini dan dilaporkan telah menghabiskan sepanjang masanya pada 2009 di hospital-hospital di Amerika untuk mendapatkan rawatan. Terdahulu Raja Arab Saudi, King Abdullah juga mendapatkan rawatan di Amerika pada tahun 2010. Begitu juga dengan pewaris kedua Tahta Saudi, Prince Nayef yang berusia 78 tahun juga dilaporkan sedang menjalani rawatan semenjak diserang sakit yang tidak dapat dikenalpasti semenjak 20 bulan yang lepas.
Pengganti Raja Arab Saudi merupakan satu isu yang terlalu sensitive untuk diperkatakan di Atrab Saudi. Para Penganalisa mengharapkan agar berlakunya perubahan besar dalam tampok pemerintahan beraja di Arab Saudi memandangkan penyandang-penyandangnya sudah berusia lanjut dan mengalami pelbagai masalah kesihatan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.