Friday, July 8, 2011

Aktiviti hari Jumaat

Barang-Barang Untuk Gubahan hantaran Coklat


08.07.2011, Jumaat - Maaf semua kerna Syah tak sempat update blog pagi dan petang tadi kerana keadaan tidak mengizinkan. pagi tadi Syah ada fisio dan selepas itu sibuk dengan urusan payment untuk TM Got Tallent. Tengahari pula Syah ke Semua House untuk membeli peralatan untuk hantaran coklat pertunangan. Actually Syah tak solat Jumaat hari nie dan selepas balik dari Semua House baru Syah solat Zohor sahaja. Untuk gubahan nie Syah gunakan coklat Ferrero Rocher. Syah beli dijualan yang diadakan di Menara TM. 18pcs/box dengan harga RM18.00 sahaja berbanding kalau dibeli dikedai biasa harganya lebih kurang RM25.00 - RM28.00. Syah beli dua box. Budget untuk gubahan coklat nie RM100.00 jer.

Di Semua House Syah pusing-pusing di Sayang You untuk cari idea nak buat gubahan yang macam mana. Adalah 2 jam Syah dikedai tu. Akhirnya Syah beli bakul berbentuk cengkerang, sepasang burung, rama-rama kecil, hiasan, kertas balut, polistren dan dawai. Semuannya RM34.50 dan ada sesetengah item diberi diskaun 5%. Lunch tadi Syah beli buah-buahan dan minum air tebu. Tak tahu lagi nak buat gubahan macam mana, tak per ada masa 1 minggu lagi.

Petang tadi Syah balik ke Rawang naik bas dan Arip cuti hari nie kerana demam katanya. Jalan ke Rawang lancar tak jempun tetapi bas yang berhenti lama di satu-satu stesyen menyebankan Syah sampai jam 19:45hrs dan terlepas bas jam 19:30 dan naik bas 20:30hrs. Jalan dari KL ke Rawang ok tetapi dari Rawang ke KL melalui Selayang jem gila kerana ada sekatan jalanraya kerana Perhinpunan Bersih tu. Dari Templer dan jem gila, kesian siapa yang hendak ke Selayang dan KL nasib lah labu. Jem yang tak bergerak. Muss dan ayahanda call masa Syah dalam bas dan ingatkan supaya berhati-hati dan kalau boleh jangan keluar ke KL esok.

Sekarang jam 22:51 dan Syah sedang basuh kain dan tak lama lagi siaplah tu dan nak jemur. Dinner Syah buat Herbalife jer dan sekarang minum tehnya dan lepas nie Formula 1 pula. Heheheh Herbalife produklah .......................... heheheheh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.