Sunday, May 15, 2011

Balik Kampung Pagi Ini

15.05.2011, Ahad - Pagi tadi Syah bangun tidur jam 06:20hrs dan terus mandi dan bersiap. Selepas tu cepat-cepat Syah kemaskan kitchen cabinet dengan mop table top tu dulu. Sementara tunggu iannya kering Syah bersiap sebab hendak balik kampung pagi ini. Lepas bersiap Syah susun semula barang-barang dalam kitchen kabinet tu dan buang mana yang tak perlu. Syah kena buat cepat-cepat coz mamat janji nak datang jam 08:00hrs.

Dalam masa yang sama Syah kemas pakaian kerja untuk Isnin dan Selasa kerana balik kampung nanti Syah akan terus ke KL Residence. Baju-baju kerja Syah semuannya Syah sudah bawa ke Rawang Residence coz renovation hari tu. By the way Muss call malam tadi inform rumah sudah siap dikemas. Maksudnya tu ruang tamu dan dapur lah tu. Bilik masih belum kemas lagi kot? Berbalik kepada cerita di Rawnag pula, Setelah semua kerja selesai Syah call Mamat.

Dia angkat dan suaranya macam baru bangun tidur dan Syah tanya kat mana dan dia kata on the way. Syah kata ko baru bangun tidur yer?. Lepas tu Syah call dia semula dan inform dia mandi dan relex dulu baru datang coz Syah taknak dia tergesa-gesa nanti jadi lain pula. Dia menetap di Sunway. Syah tahu dia baru bangun tidur tu tapi dia kat on the way. Ala biasalah Syahpun muda juga dula, tu gi keluar lepak ngan kawan-kawan di malam minggu ler tu, tak apa uncle faham lah Mamat oiiiiiiiiiiiiiii..............

Ok semua sekejap lagi Syah hendak balik kampung dan mungkin tak banyak Entry hari ini. Syah hendak jumpa Bonda Ejon dan kemudiannya singgah ke rumah Ayahanda dan Bonda Zawiyah sebelum balik ke KL nanti. Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry doakan perjalanan Syah selamat yer semua. Jumpa lagi ..............................

No comments: