11.03.2011, Jumaat - Malam semalam 10.03.2011 Syah belanja my brother Muss menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa di TGV KLCC. Tayangan bermula jam 20:30hrs dan tamat approx 22:30hrs. Memang hebat filem arahan KRU Studios nie, biasanya dalam panggung Syah akan terlelap apatah lagi Muss tetapi dari mula sampai akhir kami tak mengantukpun. Memang standardnya setanding filem-filem dari barat. Bila disebut serangan Garuda, Syah ingatkan burung gergasi tetapi dalam filem ini Garuda tu rupa-rupanya adalah satu kumpulan Lanun yang membuat angkara durjana termasuk menculik Puteri Cina yang akan berkahwin dengan anak Raja Rom dan penyelamatnya adalah Raja Merong Mahawangsa yang akhirnya terkorban tetapi meninggalkan pewaris tahta dalam kandungan permaisurinya, Embok yang meneruskan legasi Merong Mahawangsa dalam Kesultanan Kedah sehingga hari ini. Ramai jugalah Syah nampak rakan-rakan secompany Syah menonton Merong Mahawangsa ini. Daripada 10 Bintang, Syah boleh beri 9.
WOW .................. ini yang dikatakan Penuh Panggung. Hampir semua seat dibeli oleh penonton. Jika beginilah sambutan penonton, Insyallah filem ini akan membuat kejutan dan membawa untung besar untuk KRU Studios. Bangga rasanya bila melihat panggung penuh dengan penonton dan filemnya filem Melayu pula tu. Untuk mengetahui cerita selanjutnya mari kita masuk panggung ramai-ramai dan sokong industri filem tempatan. Kita selalu banga-bangakan filem-filem dari barat terutamanya sehingga mereka mendapat keuntungan besar sebab kita sanggup beramai-ramai mengeluarkan duit untuk menonton dan menyokong filem mereka. Sekarang sudah tiba masanya kini kita harus menyokong industri perfileman tempatan kita dengan menontonnya di pawagam bersama keluarga, teman dan orang tersayang. Malaysia BOLEH.
2 comments:
kalau citer gini oker ler..ini idak asyik citer cinta,hantu mat rempit yg tak dtg kan faedah. Penuh khayalan. Sepatutnya sudah tiba masanya produser2 filem berani membuat citer2 berunsurkan sejarah negara. Mcm PGL teater pun byk yg diubah suai ..byk citer romance ler pulak..
Banyak citer2 hikayat yg boleh diketengahkan seperti "Hikayat Malim Demam", "Demang Lebar Daun" , tun Sri Lanang..
dgr citer Suhaimi Baba nak buat filem ttg raja Haji..Bagus tuh..
Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa
Post a Comment