Gambar Perkahwinan Pertama YAB Ketua Menteri Sarawak.
Thaniah dan Syabas diucapkan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Bumi Kenyalang kerana telah menamatkan zaman dudanya semenjak 29 April 2009 malam tadi (18.12.2010). Tan Sri Abdul Taib Mahmud diijabkabulkan dengan seorang wanita Arab berketurunan Lebonan berumur 28 tahun oleh Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli Haji Yassin dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh kenalan rapat dan keluarga di kediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak di Demak Jaya, Kuching, Sarawak. Tan Sri adalah berketurunan Melanau berasal dari Miri dan mempunyai hubungan darah bangsawan dengan keluarga diraja Brunei.
Tan Sri buat pertama kalinya berkahwin denan Allahyarhamah Puan Sri Hajjah Laila Taib pada 13.01.1959 di Adelaide, Australia. Allahyarhamah dilahirkan pada 01.03.1941 di Poland dalam sebuah keluarga Islam dan nama sebenarnya Lejla Chaleck. Mungkin selama ini ada diantara kita beranggapan Allahyarhamah asalnya beragama kristian tetapi Allahyarhamah sebenarnya memang berugama islam. Allahyarhamah meninggal dunia akibat kanser dalam usia 68 tahun dikediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak. Hasil perkongsian hidup dengan Tan Sri, Allahyarhamah dikurniakan dengan empat orang cahayamata iaitu Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Timbalan Menteri Pelancungan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah Hajar serta lebih kurang 15 orang cucu.
No comments:
Post a Comment