Masa lunch tadi just makan roti coklat sahaja coz Syah ke Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Berhad, di Balai PNB, Jalan Tun Razak kerana hendak buat buku ASB baru kerana buku Syah telah hilang dan Mamat (anak saudara) pula perlukan duit RM20K untuk downpayment kereta baru dia. Hendak tak Nak kena buat buku baru kalau tak macam mana nak withdraw duit. Keluar office hampir jam 12:00tengahari, Syah naik LRT ke Ampang Park dan kemudian jalan kaki ke PNB yang terletak bersebelahan Lembaga Tabung Haji. MakAiiii........ lamanya menunggu dan orang ramai, hampir jam 02:00pm baru siap. Jika dulu proses hilang buka lagi panjang tapi sekarang sudah mudah dan tak perlu ke Pesuruhjaya Sumpah kerana ianya akan diuruskan oleh mereka, cuma kita perlu sediakan wang proses RM20.00, salinan kad pengenalan depan/belakang dalam A4 size. Selepas buku dikelurkan, pengeluaran hanya boleh dibuat dalam jangka waktu 10 hari tetapi kalau urgent kena buat surat rasmi kepada mereka untuk pengeluaran segera. Tadi kerani kaunter minta Syah buat surat masa tu juga dikaunter dan katanya esok boleh keluarkan duit. kalau tak ada surat tu kena tunggu 10 hari. Heheheheh.....

No comments:
Post a Comment