Today Syah di ASTRO untuk beri moral support kepada Fikri yang dapat masuk segmen Jangan Lupa Lirik - JLL. Jam 10:00am we all bertolak dari Rawang ke Bukit Jalil dengan dua buah kereta. Azrin, Syah and parents dia satu kereta manakala Firdaus, Fikri dan Ashura satu kereta lagi. Amsyar tak boleh pergi kerana tak cukup umur, so Mak Long and Pak Long jaga dia di Rumah. Gambar kat bawah tu masa di Lobby ASTRO, Macam hendsome jer kan......................... hua hua hua teringat lirik lagu indonesia, Wali Band - Mencari Jodoh : Ibu-ibu bapak-bapak, Siapa yang punya anak, Bilang aku, aku yang tengah malu, Sama teman-temanku, karena cuma diriku ................................
Berbalik pada cerita JLL tadi, Sampai sahaja di ASTRO tak ramai yang hadir. We all tunggu bawah khemah yang disediakan manakala pihak catering sedang sibuk menyediakan F&B untuk kami, artis dan krew. Tak lama kemudia rombongan penontonpun sampai tak silap Syah ada dua Bas. Mereka ini dari Cheras dan Batang Kali, semuanya remaja-remaja. Mereka-mereka nielah yang akan keluar dalam TV nanti sebagai penonton dan mana yang agak berumur mereka letakkan ditempat yang camera biasanya tak focus. Syah dapat masuk dalam kumpulan remaja nie mungkin mereka confuse dengan umur Syah kot. Hehehhe tu jer yang nak bagi tau sebenarnya. Nanti tengoklah kat TV yek. Rakaman bermula jam 08:00pm dan selesai jam 10:30pm. Rancangan di hostkan oleh pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Haji Nawawi manakala artis jemputan Shela - one in a million atau senang cakap anak ND Lala. Pelampung Fikri, Abangnya Firdaus.
Fikri dapat melepasi tahap RM10K. Aznil bertanya jika dia hendak teruskan atau tidak dan jika gagal dia hanya akan membawa pulang RM5K sahaja. Walau bagaimanapun dia ingin mencuba tetapi dia gagal semasa diperingkat RM25K. Walau bagaimanapun dia berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Cuma nasib tak menyebelahi dia, tak ada rezeki kata orang. Sebenarnya dia dah dapat lirik tu dan kemudiannya tak berapa pasti sehingga dia menggunakan talian hayat pertama iaitu meminta Firdaus menyanyikan semula lagu itu. Lagu Sheila On 7 - Melompat Lebih Tinggi. Ada 10 tapak kosong dan semuanya betul kecuali ayat terakhir iaitu Tentangan. Disebabkan ini lagu Indonesia dan liriknya mestilah mengikut lirik bahasa asal, lirik sebenarnya Tantangan bukan Tentangan. Kerana kesilapan satu huruf sahaja iaitu E (sepatutnya A) Fikri pulang dengan RM5K sahaja. Lima ribu pun siapa nak bagi macam tu jer kannnnn. So Tahniah Fikri. Kalau nak tahu rules game nie siapa yang pernah masuk tak dibenarkan menyertainya untuk kali kedua walaupun ditahun yang lain. Dengarnya tahun depan Ashura dan Azrin nak masuk Jangan Lupa Lirik. Apa-apapun best of luck lah yer.
No comments:
Post a Comment