
Baginda Mangkat pada 20.09.1979 dan dimakamkan dalam sebuah bangunan DiKawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Ini adalah Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Ianya terletak berhampiran Istana Maziah dan Pasar Payang. Dahulu masjid ini dikenali sebagai Masjid Putih. Gambar sebelah kanan atas dan kiri bawah adalah bangunan makam Al-Marhum Sultan Ismail. Didalam bangunan inilah makam baginda ditempatkan. Gambar kanan bawah pula memperlihatkan struktur binaan makam Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Syah. Didalam bangunan ini menempatkan enam liang lahad. Buat masa ini terdapat sebuah lagi makam didalam bangunan ini iaitu anakanda baginda YTM Tengku Sri Raja Tengku Abdul Malik.
Pandangan sisi makam serta Batu Nisan Kiri dan Kanan Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Syah,
di sebelah kiri adalah Makam Al-Marhum Tengku Sri Raja, anakanda Sultan Ismail Nasiruddin manakala disebelah kiri pula makam Cik Maimunah bt Abdullah, Bonda kepada Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Makamnya terletak dalam kawasan Makam DiRaja Masjid Abidin Kuala Terengganu. Makam Ayahanda baginda ada dalam blog Syah bertajuk Makam-Makam Sultan Terengganu - 13.12.2009.
No comments:
Post a Comment