


Firma guaman Tetuan Fakhrul Hisham Abdullah & Associates mengemukakan permohonan menarik diri daripada menjadi peguamcara mereka pada 25.09.2009 dan Ianya dibenarkan oleh Mahkamah pada 12.10.2009. Alasan mereka kerana defendan tidak memberikan sebarang kerjasama sehingga menyukarkan proses menyediakan pembelaan.

Dalam pernyataan tuntutannya planatif mendakwa defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual pada sidang akhbar yang telah diterbitkan dalam media elektronik di Indonesia dan Malaysia. Planatif juga telah ditomah merogol Manohara, mencederakannya serta digambarkan sebagai seorang yang ganas.

Selain tuntutan sivil defendan juga menfailkan dua saman di Mahkamah Tunggi Syariah Kota Baharu, Kelantan pada 04.07.2009 terhadap planitif. Beliau menuntut agar isterinya kembali taat kepadanya dan menyerahkan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM1,112,250.00.

Sekali lagi pada 03.11.2009 peguam syarie, Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafiq turut menarik diri mewakali Manohara. Mahkamah Syariah telah menetapkan 08.11.2009 dan 20.12.2009 untuk mendengar kedua-dua tuntutan saman YAM Tengku. So baca-baca lah akhbar yer untuk mengetahui cerita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment