16 Oktober 2016, Ahad :-
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan telah mangkat subuh tadi jam 05:45 pagi di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dalam usia 88 tahun. Jenazah kemudiannya dibawa ke kediaman Almarhumah di Taman Seri Alam sebelum dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini.
Almarhumah merupakan bonda mertua kepada Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
Almarhumah Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar diputerikan pada 24 September 1928 merupakan anakanda kepada Almarhum Pengiran Anak Haji Metassan bin Almarhum Pengiran Anak Ismail Apong dan Almarhumah Pengiran Anak Piut. Almarhumah mendirikan rumahtangga pada tahun 1943 dengan Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.
Hasil daripada perkahwinan ini Almarhumah dikurniakan dengan sembilan orang cahayamata termasuk Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
Semasa hayatnya Almarhumah telah dikurniakan dengan beberapa Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam seperti senarai berikut :-
- Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K)
- Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J)
- Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (PHBS)
Semuga Rohnya Almarhumah Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.
Sumber : Brunieroyalfamily IG/ Dirgahayu 1997 / Internet.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.