14 Oktober 2016, Jumaat :-
Semalam Biro Diraja Thailand mengeluarkan kenyataan bahawa Raja Thailand, His Majesty King Bhumibol Adulyadej telah mangkat di Hospital Siriraj, Bangkok, Thailand pada 13 Oktober 2016 pada jam 15:52hrs waktu tempatan dalam usia 89 tahun. Baginda menerima rawatan di hospital berkenaan semenjak 03 Oktober 2014. Baginda menaiki tahta pada 09 Jun 1946 dan merupakan Raja [Ketua Negara] paling lama memerintah didunia dan juga raja paling lama bertahta dalam sejarah Thailand iaitu selama 70 tahun 127 hari.
Siapakah yang akan menggantikan mendiang sama-samalah kita tunggu pengumuman daripada Kerajaan Thailand. Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-o-cha dalam ucapan siaran langsung melalui saluran television berkata pewaris takhta diraja telah ditetapkan sejak 1972 tetapi tidak menamakannya. Menurut beliau lagi, Kabinet akan memaklumkan Parlimen mengenai pewaris diraja.
Crown Prince Maha Vajiralongkorn berusia 64 tahun merupakan satu-satunya putera kepada His Majesty King Bhumibol Adulyadej bersama Her Majesty Queen Sirikit.
His Majesty King Bhumibol Adulyadej dan Her Majesty Queen Sirikit. Pasangan diraja ini bertunang pada 19 July 1949 dan berkahwin pada 28 April 1950 iaitu seminggu sebelum Istiadat Pertabalan baginda sebagai Raja Thailand.
Pertabalan His Majesty King Bhumibol Adulyadej pada 05 Mei 1950 di Royal Palace, Bangkok.
Pertabalan His Majesty King Bhumibol Adulyadej pada 05 Mei 1950 di Royal Palace, Bangkok.
Pasangan Diraja ini dikurniakan dengan empat orang cahayamata iaitu Princess Ubolratana Rajakanya, Crown Prince Maha Vajiralongkorn, Princess Maha Chakri Sirindhorn dan Princess Chulabhorn Walailak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.