24 May 2016, Selasa :-
Semalam Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli merasmikan Seminar Ulamak Pahang Kali Ke-5 di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang. Mengikut jadual baginda akan berangkat pulang selepas majlis santpan tengahari, walau bagaimanapun baginda yang juga merupakan Yang DiPertua Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang telah membuat kejutan kepada 250 orang peserta seminar serta pihak urusetia dengan menyertai seminar berkenaan.
Selepas selesai solat zohor berjemaah, baginda terus berangkat masuk ke dewan seminar yang berada diaras 5 hotel berkenaan. Baginda bersama-sama para peserta mendengar pembentangan kertas kerja kedua dan ketiga dengan tajuk "Memperkasakan pendidikan agama Islam negeri Pahang, cabaran dan masa hadapan” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor Husin dan “Ulama’ dalam siasah negara” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr Yusof bin Haji Md Noor. Baginda sempat mengajukan beberapa soalan di seminar ini.
Turut berangkat mengiringi baginda adalah anakanda baginda, Tengku Amir Nasser Ibrahim.
Sumber : Portal Diraja Pahang/Dzulkarnain
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.