16 September 2015, Rabu :-
Raja Arab Saudi, Raja Salman ibni Abdul Aziz bertitah bahawa 1 Juta Riyal atau RM 1.2 Juta akan diberikan kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi kren jatuh di Masjidil Haram pada Jumaat, 11 September 2015. Jumlah yang sama juga akan diterima oleh mangsa yang mengalami kecacatan kekal. Sebanyak 500,000 riyal atau RM600,000.00 akan diberikan kepada mangsa yang tercedera.
Mangsa yang tidak mampu meneruskan ibadah haji pada tahun ini akan diundang sebagai tetamu diraja bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun hadapan. Manakala bagi mangsa yang telah meninggal dunia, dua orang ahli waris mereka akan dijemput sebagai tetamu diraja untuk mengerjakan haji pada tahun hadapan. Kaum keluarga mangsa yang cedera pula dibenarkan datang untuk melawat dan menjaga mangsa dihospital dimana mereka akan diberi jaminan visa lawatan sepanjang musim haji sehingga mangsa kembali ke negara masing-masing.
Tabung Haji dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad sebelum ini mengumumkan bantuan sebanyak RM40,000.00 kepada semua waris mangsa yang terkorban.
Hasil daripada siasiatan yang dijalankan, Kren yang dilaporkan jatuh itu diletakkan ditempat yang salah dan dalam posisi yang tidak selamat. Syarikat Saudi Binladin telah diarah memberhentikan operasi mereka sehingga siasatan selesai. Dalam kejadian Jumaat lalu telah mengorbankan 111 orang manakala 331 orang tercedera termasuk lima rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala dua lagi masih hilang. Proses menaiktaraf Masjidil Haram yang dianggarkan bernilai 21 billion Dollar sedang giat dijalankan bagi meningkatkan kapisiti jemaah haji.
..... Al-Fatihah ....
Sumber :- Bernama Radio / Astro Awani
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.