08 May 2015, Jumaat :-
Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu bermula pada hari ini sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35). Lokasi pertama ziarah DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri adalah Makam Tok Temong di Katil, Kuala Kangsar sekitar jam 09:00hrs pagi tadi. Adalah menjadi adat bagi setiap Sultan Perak yang baru ditabalkan menziarahi makam-makam berkenaan. Majlis Doa Selamat dan Kenduri Arwah turut diadakan. DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri menyiram air mawar dan menabur bunga di Makam Tok Temong.
Tok Temong atau nama sebenarnya Tok Perabu merupakan seorang Pembesar Wanita yang berkuasa memerintah Daerah Temong semasa pemerintahan Sultan Perak 1, Almarhum Sultan Muzaffar Shah 1 (1528 - 1549) dan dipercayai Tok Temung berkuasa dikawasan berkenaan sebelum Almarhum Sultan Muzaffar Shah 1 dijemput ke Perak sebagai Sultan Perak pertama.
Pada sebelah petang pula DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri dijadualkan menziarahi Makam Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) di Daerah Kampar. DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri dijadualkan menziarahi 35 buah makam dalam Istiadat Ziarah Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35).
Sumber :- Perak Today / Jabatan Penerangan Malaysia / Utusan Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.