10 April 2015, Jumaat :-
Semalam Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj telah berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Majlis diadakan selepas solat asar di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin, Pahang.
Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis adalah Ahli Parlimen Rompin, Pahang dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia. Allahyarham juga merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia. Allahyarham terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Sungai Lalang, Semenyih pada 04 April 2015.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.