06 Februari 2015, Jumaat :-
Hari ini genaplah 76 tahun kemangkatan Toeankoe Sulthan Mohammad Daoed ibni Almarhoem Toeankoe Zainal Abidin Aladdin Sjah, Sultan terakhir Aceh.
Al-Fatihah
Almarhoem Toeankoe Sulthan Mohammad Daoed ibni Almarhoem Toeankoe Zainal Abidin Aladdin Sjah.
Sultan Terakhir Aceh yang berketurunan Bugis.
Kesultanan Aceh telah dihapuskan oleh pihak penjajah Belanda sebelum Indonesia menjadi Republik lagi. Kesultanan Aceh merupakan sebuah kuasa besar satu ketika dahulu dan begitu terkenal di alam Melayu dan menjadi pencabar utama kepada kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda. Kesultanan Aceh telah didirikan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada 1496 ini akhirnya dimansukkan pada 1903 iaitu setelah bertahta selama lebih kurang 407 tahun.
Dari 35 orang Sultan yang memerintah Aceh, Empat daripadanya adalah terdiri dari kaum Wanita. Sulthan Mohammad Daoed ibni Almarhoem Toeankoe Zainal Abidin Aladdin Sjah, telah dipaksa menyerah diri kepada Belanda dan selepas itu baginda dan kerabat diraja serta pembesar-pembesarnya dibuang negeri pada 1907. Baginda kemudiannya mangkat di Batavia atau sekarang dikenali sebagai Jakarta pada tahun 1939 dan telah dimakamkan di Perkuburan Umum Kemiri, Rawamangun Jakarta iaitu berhampiran kampus Universiti Negeri Jakarta (UNJ) sekarang ini. Baginda dinobatkan sebagai Sultan Aceh di Masjid Indrapuri, Indrapuri pada 1874.
Baginda berkahwin sebanyak empat kali :-
- Permaisuri Teungku Putore Gambar Gading binti Toeanku Abdul Majid.
- Pocut Manyak Cot Murong Sultan.
- Teungku Jam Manikam binti Toeanku Mahmud. Dikatakan makannya ada di Kedah.
- Neng Effi yang dikahwini oleh baginda semasa dalam buangan.
Peristiwa Almarhum bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim dipaksa menyerah diri oleh Pihak Belanda pada 1903.
Pada 26.11.1902 Permaisuri Teungku Putroe Gambar Gadeng bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim telah ditangkap oleh Belanda di Kampung Glumpang Payong Pidie. Tujuan Belanda menawan Permaisuri dan Putra Mahkota adalah sebagai umpan untuk memaksa Almarhum menyerah diri kepada Belanda. Taktik ini telah berjaya dan dapat memaksa Almarhum bertemu dengan Belanda di Sigili. Pada 20.01.1903 Almarhum telah dibawa berjumpa Gebenor Aceh, Jeneral Van Heutz dan menandatangani MOU damai dengan Belanda di Kuta Raja.
Almarhum hanya dibenarkan bergerak bebas sekitar Aceh Besar sahaja dan telah diberikan sebuah kediaman yang lengkap dan diberi elaun sara hidup sebanyak 1,200 florin dan anakanda Almarhum juga mendapat tajaan belajar oleh pihak Belanda. Kemudahan ini diberikan agar Almarhum menyokong pentadbiran Belanda di Aceh. Walau bagaimanapun hasil dari perisikan yang dijalankan, pihak Belanda mendapati Almarhum memberi sumbangan dan sokongan kepada para pejuang menentang Belanda. Panglima Nyak Asan dan Nyak Abaih adalah orang tengah Almarhum dalam urusan ini. Pada 1907 pihak Belanda telah mengeledah kediaman Almarhum dan mendapati bukti-bukti seperti surat-surat Almarhum kepada para pejuang. Mereka juga mendapati Almarhum terlibat sama dalam serangan terhadap Markas Belanda di Kuta Radja pada 06.03.1907.
Gabenor Militer Aceh Letnan Jenderal Van Daalen melihat Almarhum sebagai satu ancaman besar terhadap kuasa Belanda di Aceh dan telah mengusulkan Almarhum dibuang negeri daripada Aceh. Pada 24.12.1907 pihak Belanda telah membuat keputusan dan membuang negeri Almarhum, kerabat diraja serta pembesar-pembesar Aceh keluar dari Aceh. Almarhum dan lainnya dihantar ke Batavia dan menetap di Jatinegara dan sekarang dikenali dengan nama Gudang Bulog. Dari Batavia Tuanku dan Keluarga dipindahkan pula ke Ambon kerana rahsia baginda meminta bantuan daripada maharaja Jepun terbongkar. Pihak Belanda telah menjumpai surat tersebut. Beberapa tahun kemudiannya, Almarhum dan kerabat diraja dipindahkan semula ke Rawamangun Jakarta sehinggalah baginda mangkat di Rawamangun Jatinegara pada hari Isnin bersamaan 06.02.1939.
Almarhum mangkat ketika berusia sekitar 72 tahun dan meninggalkan 16 orang putera dan puteri dimana sehingga kini 10 orang daripada anakanda-anakanda Almarhum masih lagi hidup. Kerabat diraja Aceh menggunakan gelaran Tuanku atau Toeankoe (Tuwanku) bagi kaum lelaki manakala kaum wanita menggunakan gelaran Teungku dimana gelaran-gelaran berkenaan masih keka diguna hingga kini.
Sumber :- Acehnet.org/Mawardihassan/Wikipedia/TWK Waroul
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.