Tunku Jalil ketika berangkat ke China pada awal Disember lepas.
13 Disember 2014, Sabtu :-
Shukur Alhamdulillah Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan di Guangzhou, Cina semalam dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. YAM Tunku Jalil kini sedang berehat dan akan berangkat pulang ke Johor dalam waktu terdekat. Beliau akan mendapatkan rawatan susulan di Malaysia.
Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu. Baginda akan berangkat pulang ke Johor dalam sedikit masa lagi.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim cepat sembuh dan diberikan tahap kesihatan yang baik serta dipermudahkan segalanya untuk Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. Amien.

Sumber :- Bernama/Radio Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.