11 Oktober 2014, Sabtu :-
Jenazah Allahyarham Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Shah telah selamat sampai ke Istana Tambun, Ipoh, Perak dari Kuala Lumpur pada jam 20:30hrs malam tadi 10 Oktober 2014. Jenazah akan dibawa keluar dari Istana Tambun lebih kurang jam 10:00hrs pagi ini dan dijangka sampai ke Kuala Kangsar jam 10:30am. Jenazah akan dibawa terus ke Makam Diraja Al-Ghufran untuk Istiadat Permakaman.
Allahyarham YAM Raja Shahruzzaman merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke-33, Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Shah (Marhum Affifullah) atau dikenali sebagai Sultan Idris Shah II. Bonda Allahyarham, Allahyarhamah Che Hamizah merupakan isteri ke-5 Almarhum Sultan Idris. Allahyarham mangkat sewaktu sedang beradu (tidur) petang semalam 10 Oktober 2014.
Al-Fatihah
Semuga Rohnya Allahyarham YAM Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris Shah II ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.
Entry Syah terdahulu berhubung berita kemangkatan ini YAM Raja Shahruzzaman Mangkat
Entry Syah terdahulu berhubung berita kemangkatan ini YAM Raja Shahruzzaman Mangkat
Sumber :- Jamal Jamaluddin/Husam/Ku Nain/Fairol
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.