20 September 2014, Sabtu :-
Hari ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan kepada Bernama bahawa pengumuman Menteri Besar Selangor yang baharu akan diumumkan oleh Istana Selangor selewat-lewatnya pada Isnin ini 22 September 2014 bergantung kepada perkenan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Pengumuman akan dibuat samada melalui kenyataan akhbar atau sidang media.
Tambah beliau lagi Istana Selangor buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang surat kepada bakal Menteri Besar Selangor. Khamis lepas, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada hari Selasa bersamaan 23 September 2014. Majlis Angkat sumpah dijadualkan berlangsung di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang, Selangor.
Sama-samalah kita menunggu pengumuman rasmi daripada Istana Selangor berhubung isu ini dan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan siapakah bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Sila abaikan sebarang pemberitahuan berhubung perkara ini samada melalui pesanan sms, media sosial dan seumpamanya kerana hanya Pihak Istana Selangor sahaja yang akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara ini.
Sumber :- Bernama/Astro Awani.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.