26 Ogos 2014, Selasa :-
Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan untuk menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan teratur. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadap DYMM Sultan Selangor pagi tadi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor bagi mendapat nasihat dan pandangan baginda berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor ekoran kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri Selangor.
Menurut Tan Sri Abdul Khalid, baginda telah menitahkan agar pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti itu sebagai calon menteri besar Selangor. Keadaan ini adalah juga untuk memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar. Berhubung isu DAP yang tidak mempunyai Adun berbangsa Melayu di Selangor, beliau berkata parti itu boleh menamakan mana-mana calon daripada PKR dan PAS. Malahan pencalunan beliau sebagai Menteri Besar Selangor telah dicalunkan oleh DAP sebelum ini.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.