Kemaskini :-
Petang tadi Syah menerima message melalui facebook daripada bonda Allahyarham Radin Mohd Akhimullah, Puan Salmah Abd Rahim yang memaklumkan bahawa kemangkatan Allahyarham sebenarnya disebabkan oleh "acute lukeimia". Tambah beliau lagi sakit gusi dan gigi Allahyarham adalah salah satu symptom penyakit tersebut. Semasa balik bercuti sempena sambutan Hari Raya lepas, Allahyaham tidak pernah memaklumkan masalah kesihatannya kepada keluarga kerana tidak mahu membimbangkan keluarganya. Menurut bonda Allahyarham, Allahyarham nampak ceria selama bercuti dua minggu bersama keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri lepas walaupun gusinya agak sakit. Bonda Allahyarham dan keluarga redha dengan pemergian anakandanya yang tercinta.
Al-Fatihah .........
Semuga Rohnya Allahyarham Radin Mohd Akhimullah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.
14 Ogos 2014, Khamis :-
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Berita kemangkatan sahabat Blogger Syah pagi tadi amat memeranjatkan Syah. Allahyarham anak kelahiran Johor diputerakan pada 18 Februari 1987 dan sekarang bertugas di Bintulu, Sarawak. Jenazah Allahyarham sedang dalam perjalanan ke Semenanjung dan akan dimakamkan di Batu Pahat, Johor. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar dalam dunia memertabatkan Institusi Beraja di Malaysia.
Sebab-sebab kemangkatan Syah tak dapat sahkan tetapi ada terbaca difacebook menyatakan puncanya ialah hanya dari 4 batang gigi geraham yang dicabut serentak pada tarikh dan hari yang sama. Sehingga menyebabkan kemangkatan kerana darah tidak berhenti keluar dan dijangkiti kuman beracun dan menjalar ke organ tubuh yang lain. Wallahu’alam bissawab.
Al-Fatihah
Semuga Rohnya Allahyarham Radin Mohd Akhimullah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.
Blog Almarhum :- http://radin87.blogspot.com/
Gambar Terakhir Allahyarham di Facebook :-
Sedih rasa hati Syah kerana tak sempat berjumpa dengan Allahyarham. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap kalian bersabar dengan dugaan ini kerana Allah lebih sayangkan Allahyarham.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.