12 Jun 2014, Khamis :-
Ini adalah kucing jantan yang diberi nama Louis Vuitton atau LV dari spesis "Maine Coon" yang bentuknya agak besar dan panjang daripada kucing biasa. LV akan menjadi Kucing Diraja apabila dia diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun pada hari Sabtu ini nanti. LV akan dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah sebagai cenderahati istemewa daripada Kelab Kucing Malaysia dan Perbadanan Putrajaya sewaktu Tuanku merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) pada 14 Jun 2014.
Menurut En Khalid Rashid yang merupakan Presiden Kelab Kucing Malaysia, LV dibawa masuk ke Malaysia daripada Republik Estonia pada September 2003. LV dijaga sendiri oleh En Khalid bagi memastikan iannya sihat dan tidak berpenyakit sebelum dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Bertuah LV dapat menjadi Kucing Diraja.
Kucing ini dipanggil Maine Coon kerana iannya mula ditemui di Pantai
Timur Maine, Amerika Utara manakala Coon berasal dari raccoon. Main Coon merupakan kucing baka besar dan ada kucing
jantan yang beratnya mencecah hingga 10kg. Asal usul kucing ini tidak diketahui
tetapi ada cerita dongeng mengenai kehadirannya di Amerika. Dikatakan Queen
Marie Antoinette dari Perancis dalam cubaannya melarikan diri dari hukuman
bunuh telah meminta bantuan Captain Samuel Clough untuk melarikan diri menggunakan
kapal layar. Baginda telah meletakkan harta-harta baginda kedalam kapal berkenaan
termasuklah kucing berbulu panjang.
Walau bagaimanapun baginda gagal dalam cubaan melarikan diri dan kapal berkenaan telah selamat sampai ke
Wiscasset, Maine, Amerika termasuklah kucing-kucing tersebut. Harga
kucing ini agak mahal dipasaran iaitu RM1,000.00 hingga RM5,500.00 seekor.
FLORIA Putrajaya 2014 akan berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dan dibuka untuk kunjungan orang ramai mulai jam 09:00hrs hingga 20:30hrs dari hari Isnin hingga Khamis manakala dari hari Jumaat hingga Ahad iannya dibuka bermula jam 09:00hrs hingga jam 00:00hrs. Bayaran RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak manakala bagi murid atau pelajar yang memakai pakaian seragan sekolah, masuk adalah percuma.
Ini adalah penyertaan pertama kali Kelab Kucing Malaysia (KKM) dalam FLORIA Putrajaya semenjak iannya diadakan tujuh tahun lepas. KKM akan mengadakan pameran dan pertandingan kucing antarabangsa sempena FLORIA Putrajaya yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kucing bulu panjang dan kucing bulu pendek. Selain daripada itu KMM akan mengadakan pertandingan menghias sangkar kucing, meniru suara dan aksi kucing, kenduri makan kucing dan pertunjukan fesyen kucing.
Apa lagi ditunggu .............jom kita bawa keluarga atau teman-teman kita ke FLORIA Putrajaya 2014 dan menyaksikan sendiri LV dalam Pameran Kucing Khas Diraja sempena hari pertama perasmian FLORIA Putrajaya 2014.
Sumber :- Harian Metro 12 Jun 2014 / Carian Internet
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.