Click gambar untuk imej yang lebih besar
30 May 2014, Jumaat :-
Hai ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah menziarahi makam Almarhum Paduka Ayahanda tersayang baginda di Makam Diraja Kuala Kangsar ataupun juga dikenali sebagai Makam Al-Ghufran. Kelihatan baginda begitu sedih dan hiba serta mengalirkan air mata ketika berada disisi dimakam Almarhum. Turut serta mengiringi baginda adalah Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah. Makam disebelah belakang baginda adalah makam adinda baginda, Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang mangkat pada 30 Mac 2012.
Sumber : Syahril FB / Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.