28 May 2014, Rabu :-
Hari ini Pejabat Menteri Besar Perak telah mengeluarkan beberap garis panduan berpakaian kepada anda yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah seperti berikut :-
- Lelaki Islam perlu memakai pakaian kebangsaan berwarna gelap, bersamping warna gelap tanpa corak benang emas atau perak serta bersongkok hitam dengan lilitan kain putih atau riben selebar satu inci.
- Lelaki bukan Islam pula perlu memakai sut berwarna gelap dengan bertali leher hitam atau berseluar panjang dan berbaju tangan panjang dengan dililit kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju tangan kiri.
- Perempuan Islam perlu berbaju kurung atau berkain sopan dan bertudung hitam.
- Perempuan bukan Islam hendaklah berpakaian sopan serta memakai lilitan kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju kiri.
Penghormatan terakhir oleh orang ramai akan diadakan pada esok hari bersamaan 29 May 2014 mulai Jam 11:00hrs hingga 14:00hrs di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
Sumber :- Bernama /Jejaktinggalan rasul.blogspot
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.