28 May 2014, Rabu :-
Baru-baru ini tersebar berita mengenai kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Berita yang disebarkan melalui media sosial dan elektronik ini adalah palsu, tidak benar dan rekaan semata-mata. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sekarang berusia 86 tahun dan sedang sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara atau IJN. Malam tadi Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah menziarahi Paduka Ayahanda baginda di IJN.
Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh ALLAH. Diharap janganlah kita membuat sebarang spekulasi berhubung kesihatan Tuanku Sultan Azlan Shah malah marilah kita bersama-sama mendoakan agar Tuanku Sultan Azlan Shah diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Amien.
Jika berlaku sebarang kemangkatan Sultan/Raja di Malaysia, Menteri Besar kepada negeri berkenaan akan membuat pengumuman secara rasmi berhubung kemangkatan berkenaan. Selagi tiada pengumuman rasmi berhubung kemangkatan sesorang Sultan/Raja, jangan sekali-kali mempercayai berita yang disebarkan terutamanya di media sosial dan elektronik dan jangan sesakli kita cuba berkongsi maklumat yang tidak benar kesahihannya terutama di laman sosial seperti facebook, twitter dan seumpamanya.
KEMASKINI :- Pengumuman Rasmi telah dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui RTM berhubung Kemangkatan Tuanku pada jam 13:30hrs di IJN. Al-Fatihah .................
KEMASKINI :- Pengumuman Rasmi telah dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui RTM berhubung Kemangkatan Tuanku pada jam 13:30hrs di IJN. Al-Fatihah .................
Sumber :- Gambar dari Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.