08 Februari 2014, Sabtu :-
Beginilah rupanya patung lilin Her Majesty Queen Elizabeth II yang telah dirosakkan akibat perbuatan khianat di The Red Carpet Wax Museum di i-CT, Shah Alam pada pagi Jumaat 07 Februari 2014. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 02:37 hrs dan kebakaran dapat dikawal pada jam 03:31 hrs. Kejadian berlaku ketika pasukan keselamatan tiada ditempat kejadian dan sedang melakukan rondaan. Pelaku memasuki muzium berkenaan melalui pintu keluar yang tidak diletakkan pengawal keselamatan. Memang tiada pengawal keselamatan diletakkan dipintu keluar kerana menurut pihak pengurusan keutamaan keselamatan adalah untuk para pengunjung sahaja dan kejadian seperti ini tidak pernah dijangkan.
Dalam kejadian ini sebanyak 10 patung lilin telah dirosakkan termasuklah patung lilin Perdana Menteri Malaysia pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Nelson Mandela, Barack Obama, Mao Zedong, Vladimir Putin, Jackie Chan, Yasser Arafat, Prince William and Catherine Middleton. Buat masa ini belum ada lagi tangkapan yang dibuat dan motif sebenar sipelaku dalam kejadian ini masih lagi menjadi tandatanya. Rakaman CCTV kejadian ini tidak begitu jelas untuk mengenalpasti individu yang melakukan perbuatan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew dalam kenyataannya yang dikeluarkan oleh The Malay Mail hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang giat dilakukan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua bulan. Kerugian dianggarkan oleh pihak berkuasa berjumlah RM10 juta walau bagaimanapun beliau enggan membuat sebarang komentar berhubung perkara tersebut cuma menyatakan beberapa juta sahaja. Tambah beliau lagi, Patung lilin Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah patung lilin yang paling mahal diantara patung-patung lilin yang ada di muzium ini.
Datuk Eu memaklumkan bahawa kerja baik pulih harus dilaksanakan dengan kadar segera kerana muzium ini merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancung dari dalam dan luar negara terutamanya dalam program Tahun Melawat Malaysia 2014. Beliau beranggapan kejadian ini sebagai satu pengkhianatan kepada muzium berkenaan kerana sipelaku tahu apa yang perlu dilakukan dan telah menggunakan bahan kimia yang betul untuk memusnahkan patung lilin berkenaan. Menurut beliau lagi, patung lilin tersebut tidak akan mudah terbakar kecuali menggunakan bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato' Abdul Rahim Jaafar pula memaklumkan bahawa pihak polis masih lagi mengkaji rakaman CCTV kejadian tersebut.
Sumber : The Malay Mail / Internet
elokla musnahkan..ini semua berhala tahu tak? malu kita sebagai penganut agama Islam duduk di negara Islam Malaysia ada dibuat dan dipertontonkan kepada umum patung-patung khurafat ini. Bala Allah telah datang. Insaflah..
ReplyDelete