Perbincangan diantara Kamar Ainiah dan anakanda-anakanda Tunku Puan Zanariah dan Almarhum Sultan Iskandar. Dari kiri Tunku Muna Sultan Iskandar, Tunku Noraini Sultan Iskandar dan Tunku Masera Sultan Iskandar bersama Kamar Ainiah Kamarulzaman dan Afshah Arifin.
02 Januari 2013, Khamis :-
Hari ini bekas Sultanah Johor, YAM Tunku Puan Zanariah melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi telah mefailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Baharu untuk mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikan YAM Tunku Puan. Permohonan difailkan pagi semalam jam 10:00hrs di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Johor Baharu di Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Lot 259 Jalan Abu Bakar, Johor Baharu, Johor.
Peguam yang mewakili Tunku Puan Zanariah, Kamar Ainiah Kamarulzaman dalam kenyataanya memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah untuk mengetepikan dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman bernombor 01001-054-2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor telah menceraikan Tunku Puan Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan pada minggu berikutnya adalah tidak sah.
Tambah beliau lagi, permohonan tersebut dibuat dengan alasan bahawa penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 dalam kes saman berkenaan adalah menyalahi hukum syarak dan undang-undang serta menyalahi tatacara Mahkamah Syariah.
Perintah tersebut tambahnya lagi telah menamakan Almarhum sebagai plaintif walaupun semasa hayat baginda, Sultan Iskandar tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan dakwaan cerai tersebut. Almarhum dan YAM Tunku Puan Zanariah telah hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dengan aman sehingga kemangkatan baginda pada 22 Januari 2010.
Menurut Kamar Ainiah lagi, "Walaupun Tunku Puan Zanariah dinamakan sebagai defendan di dalam kes saman tersebut, Tunku Puan Zanariah tidak pernah dimaklumkan atau menerima apa jua kertas klausa kes tersebut dan hanya mengetahui penghakiman mahkamah serta dakwaan cerai tersebut pada 22 Ogos 2013 menerusi surat yang dihantar oleh Mufti Johor,"
Kamar Ainiah mendakwa bahawa, daripada surat mufti tersebut, adalah jelas bahawa jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menyalah guna kuasa apabila membuat fatwa pada 06 Ogos 2010 iaitu lapan bulan selepas kemangkatan Almarhum bahawa Almarhum dan Tunku Puan Zanariah telah sah bercerai talak tiga pada 23 Januari 2009 dan rujuk Almarhum adalah tidak sah. Menteri Besar Johor pada ketika itu telah mengutus surat kepada Tunku Puan Zanariah pada 09 Disember 2010 menyatakan bahawa gelaran Yang Maha Mulia Sultanah dibatalkan dan Tunku Puan Zanariah langsung tidak mengetahui mengenai keputusan Menteri Besar sehingga dimaklumkan menerusi surat mufti lebih tiga tahun berikutnya.
Mahkamah telah menetapkan tarikh 20 Januari 2014 untuk sebutan permohonan bantahan ini.
Mahkamah telah menetapkan tarikh 20 Januari 2014 untuk sebutan permohonan bantahan ini.
Sila Click entry Syah terdahulu berhubung gelaran Baru Sultanah Nora Ismail dan Sultanah Zanariah .......
Sumber :- Utusan Online
kerana harta, semua gelap mata. keluargapun sanggup dikhianati. yang berkuasa ibarat lembu dicucuk hidung.
ReplyDelete