21 Disember 2013, Jumaat :-
Pada 23 November 2013 lepas Syah ziarah ke makam Ayahanda dan Bonda kepada Puan Hajjah Mariam binti Haji Abdul Aziz yang merupakan bekas Isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Makam berkenaan berada didalam kawasan Tanah Pekuburan Islam Dagang di Bandar Seri Bagawan. Didalam tanah perkuburan ini juga terdapat satu batu nisan yang bertanda Maharaja Brunei.
Makam ini sering diziarahi oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Inilah dia makam kedua Ayahanda dan Bonda Mertua kepada Sultan Brunei iaitu bapa kepada Puan Hajjah Mariam, Allahyarham Haji Abdul Aziz bin Abdullah yang merupakan seorang lelaki kacukan Jepun dan Eropah manakala bonda Puan Hajjah Mariam adalah berketurunan Pangeran dari Brunei. Bentuk makam kedua-duanya ini memang unik dan berbeza dari kebanyakan makam-makam/kubur-kubur lainnya di Brunei.
Jika anda lihat gambar dibawah dan binaan mamar bewarna putih dibelakang makam merupakan tempat duduk untuk orang-orang yang menziarahi makam ini untuk bertahlil atau membaca Yasin terutamanya Pengiran Muda 'Abdul 'Azim dan Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Syah dimaklumkan setiap kali ziarah ke makam, Pengiran Muda akan memberi sedekah berupa wang kepada orang ramai yang berada di tanah perkuburan ini.
Jika anda lihat gambar dibawah dan binaan mamar bewarna putih dibelakang makam merupakan tempat duduk untuk orang-orang yang menziarahi makam ini untuk bertahlil atau membaca Yasin terutamanya Pengiran Muda 'Abdul 'Azim dan Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Syah dimaklumkan setiap kali ziarah ke makam, Pengiran Muda akan memberi sedekah berupa wang kepada orang ramai yang berada di tanah perkuburan ini.
Ini adalah makam Allahyarham Haji Abdul Aziz bin Abdullah yang mangkat dalam usia 65 tahun.
Dibatu Nisan Allahyarham tertulis :-
Al-baqa ilallah.
Haji Abd Aziz bin Abdullah, dilahirkan pada 4 September 1914M. Kembali kerahmatullahi ta'ala pada hari Ahad 2 Disember 1979M bersamaan 12 Muharam 1400H. Ghafarallahu lahu wa li usulihi wa furu 'ihi, Amin.
Dibatu Nisan Allahyarham tertulis :-
Al-baqa ilallah.
Haji Abd Aziz bin Abdullah, dilahirkan pada 4 September 1914M. Kembali kerahmatullahi ta'ala pada hari Ahad 2 Disember 1979M bersamaan 12 Muharam 1400H. Ghafarallahu lahu wa li usulihi wa furu 'ihi, Amin.
Ini adalah makam bonda kepada Puan Hajjah Mariam, Allahyarhamah Pengiran Hajah Rashidah binti Pengiran Mohd Salleh yang mangkat dalam usia 71 tahun.
Dibatu Nisan Allahyarhamah tertulis :-
Al-baqa ilallah.
Pengiran Hajah Rashidah binti Pengiran Mohd Salleh, dilahirkn pada 28 Disember 1913M. Kembali kerahmatullahi ta'ala pada hari Ahad 11 Mac 1984M bersamaan 8 Jamadilakhir 1404H. Ghafarallahu laha wa li usuliha wa furu 'iha, Amin.
Al-Fatihah
Semuga Rohnya Allahyarham Haji Abdul Aziz bin Abdullah dan Allahyarhamah Pengiran Hajah Rashidah binti Pengiran Mohd Salleh ditempatkan bersama-sama
orang-orang yang beriman dan beramal solleh.
Amin.
Dua pegawai kanan syarikat Telekom Malaysia dituduh ambil rasuah RM400,000
ReplyDeleteDua pegawai kanan anak syarikat Telekom Malaysia (TM) Berhad bakal didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan pemalsuan dokumen melibatkan penerimaan nilai rasuah lebih RM400,000, kata Datuk Mohd Jamidan Abdullah.
Pengarah Operasi Khas SPRM itu dalam satu kenyataan semalam berkata, kedua-duanya, masing-masing berjawatan Pengarah Jualan dan Pengurus Jualan dikesan menerima rasuah tersebut melalui beberapa transaksi bermula April tahun lalu.
"Siasatan SPRM melalui Bahagian Operasi Khas (BOK) bermula pertengahan tahun lalu apabila menerima maklumat berhubung wujudnya amalan penerimaan rasuah pegawai kanan di anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) berkenaan yang dikatakan terlibat menerima suapan rasuah.
"Modus operandi mereka dikesan melalui aktiviti pemalsuan dokumen yang bernilai lebih RM400,000, ia melibatkan sebuah syarikat yang menjalankan kerja pemasangan VSAT KU BAND yang dikatakan berlaku sejak 2010 hingga 2012 lalu,” kata kenyataan itu.