Makam Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. Gambar ini diambil oleh Syah sendiri ketika ziarah ke Makam Diraja Langgar pada tahun 2006.
06 Disember 2013, Jumaat :-
Hari ini genaplah 23 tahun Bapa Kemerdekaan Negara, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meninggalkan kita semua. Allahyarham merupakan putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Al-Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-25 telah diputerakan pada 08 Februari 1903 oleh bondanya Cik Manjalara binti Long Naraburi Rak. Allahyarham mangkat jam 22:25hrs di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 06 Disember 1990 ketika berusia 87 tahun kerana sakit tua.
Jenazah Allahyarham telah di bawa ke bangunan Parlimen daripada kediaman Allahyarham di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir. Satu upacara penghormatan terakhir juga telah diadakan di Stesen Tentera Udara Diraja Malaysia oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia, sejurus sebelum Jenazah Almarhum diterbangkan ke Alor Setar, Kedah untuk disemadikan di Makam Diraja Langgar.
Semuga Roh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Al-Fatihah ......
Semuga Roh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Makam Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahanda kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Mangkat pada 13 Mei 1943. Gambar tahun 2006 sewaktu ziarah Syah ke Makam Diraja Langgar.
Makam Allahyarhamah Che Manjalara binti Long Naraburi Rak. Bonda kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Mangkat pada 23 April 1941. Gambar tahun 2006 sewaktu ziarah Syah ke Makam Diraja Langgar.
Al-Fatihah
ReplyDelete