Wednesday, November 27, 2013

Ziarah Syah Ke Brunei Untuk Melihat Sendiri Sebuah Negara Melayu Islam Beraja

27 November 2013, Selasa :-

Salam dan berjumpa lagi kita setelah hampir lebih seminggu Syah tidak membuat sebarang entry kerana ke Negara Brunei Darussalam. Entry kali ini agak lain daripada yang biasa kerana terlalu panjang dimana Syah ceritakan perjalanan Syah di Brunei secara ringkas untuk 8 hari 7 malam. Dari pagi semalam lagi Syah membuat entry ini dan baru sahaja siap sebentar tadi lebih kurang jam 11:34hrs. So janganlah jemu membacanya yer?

 Shukur Alhamdulillah lawatan Syah ke Negara Brunei Darussalam untuk merasai dan melihat sendiri sebuah negara Melayu Islam Beraja berjalan lancar.  Walaupun ada orang bertanya mengapa melawat Brunei? ada apa kat Brunei tu?  tetapi bagi Syah masa seminggu berada disini masih tidak mencukupi kerana bukan hiburan yang dicari tetapi untuk melihat sendiri sejarah Melayu Islam Beraja dari dekat. Negara Brunei sekarang masih lagi dalam proses percubaan selama enam bulan untuk mengimplementasikan Hukum Syarak di Negara berkenaan. Insyallah ianya akan dikuatkuasakan pada April 2014 dan Syah berharap semuga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Tahniah diucapkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diatas usaha-usaha mulia baginda memertabatkan hukum Syarak di negara Brunei Darussalam dan merealisasikan impian baginda menjadikan Negara Brunei sebagai Negara Zikir.

Ziarah Syah ke Brunei bermula 18 November 2013 dan berakhir pada 25 November 2013. Dari Kuala Lumpur Syah menaiki penerbangan Malaysian Airline System atau MAS dan semasa di Brunei Syah menginap di Abdul Razak Hotel Apartments, Bandar Seri Bagawan. Setelah bertanya dengan sahabat-sahabat Syah di Brunei mengenai penginapan, akhirnya Syah memilih hotel ini kerana ianya berdekatan dengan Kubah Makam Diraja dan senang untuk Syah ke makam berkenaan yang terletak kira-kira 400 meter dari hotel dan boleh berjalan kaki sahaja. 

Secara kasar perbelanjaan Syah untuk ke Brunei seperti berikut :-

Kadar bayaran bagi bilik Syah B$58.00 semalam dan jumlah Syah bayar untuk penginapan 7 malam 8 hari adalah sebanyak B$406.00 atau RM1,085.27. Tambang kapalterbang KL-Brunei-Kl adalah sebanyak RM539.00. Tambang KLIA Express dari KL Sentral-KLIA-KL Sentral adalah sebanyak RM70.00 (RM35.00 sehala) dan tambang teksi dari Brunei Airport-Hotel-Brunei Airport berjumlah B$50.00 (B$25.00 sehala).  Excess Baggage (lebih kurang 1.5kg - dibenarkan 30kg) sebab terlebih berat barang yang hendak dibawa balik adalah B$24.00. Tambang dari KL Sentral ke Rawang adalah sebanyak RM46.00. Rapping beg di KL Sentral RM25.00 dan di Brunei B$9.00. Untuk makan minum Syah kena berjimat sedikit dan bawa bekalan dari Malaysia seperti Mee Segera, Biskut dan Tuna. Ada juga makanan yang Syah beli di Brunei seperti roti, salad, air mineral water, buah buahan dan biskut. Pernah sekali selepas Solat Jumaat, Syah makan di Jollibee yang merupakan sebuah restoran makanan segera di bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Harga makanan yang Syah beli lebih kurang B$5.50.

Untuk kebandar pula Syah akan berjalan kaki melalui Kampong Ayer dan Masjid Omar 'Ali Saiffudien.  Untuk ke distinasi selanjutnya seperti ke Gadong, Kota Batu dan Masjid Jame, Syah akan naik bas kerana iannya menjimatkan berbanding dengan teksi.  Teksi memang mahal disini manakala bas cuma B$1.00 sahaja. Selain daripada itu ada juga sahabat-sahabat Syah yang bawa Syah ketempat-tempat sejarah/lawatan menggunakan kenderaan mereka dan ada juga Syah pergi bersendirian. Semasa dalam perjalanan dari Airport ke hotel, pemandu teksi ada offer nak bawa Syah ziarah empat makam utama di Brunei untuk setengah hari dengan kadar bayaran B$100.00 atau lebih kurang RM260.00.  Syah ambil sahaja nombor dia dan memang lah mahal harganya kan?


 Dalam MH730 ke Negara Brunei Darussalam

 Beratur menunggu teksi di Brunei International Airport


Bilik hotel Syah di Abdul Razak Apartments.  Mula-mula Syah ditempatkan di bilik 7710 di aras 7 tetapi pada 21/11/2013 mereka pindahkan Syah ke bilik 5516 diaras 5 kerana Syah asik complain wifi tak dapat dan terpaksa ke Internet cafe. Selepas itu shukur alhamdulillah dapat on line dan sesekali problem tu perkara biasalah.



Hari pertama Pada hari Ahad my brother, Muss ambil Syah di Rawang Residence untuk ke KL Residence untuk memudahkan Syah ke KLIA kerana flight Syah jam 12.10hrs dan Syah kena berada di airport sekurang-kurangnya dua jam sebelum masa penerbangan. Pagi Isnin Cd dan Haziq hantar Syah ke Stesyen LRT Taman Melati jam 06:15hrs untuk Syah ke KL Sentral. Di KL Sentral Syah rapping beg dan check inn di KL Sentral sahaja. Kita boleh check-inn di KL Sentral dengan syarat kena beli tiket KLIA Express dan masa penerbangan hendaklah 3 jam sebelum masa check-inn. Syah sampai ke Brunei lebih kurang hampir jam 16:00hrs dan Syah kemudiannya ambil teksi dari Brunei International Airport ke hotel. Syah menginap di Abdul Razak Hotel Apartments di Jalan Laksamana Abd Razak, KM2 Jalan Tutong, Bandar Seri Bagawan atau kawasan ini lebih dikenali dengan panggilan Batu 1, Jalan Tutong.  Hotel ini ada shopping complex dan pasaraya FreshCo, senanglah sedikit hendak membeli keperluan asas.  Di hotel ini juga ada college dan memang banyak student terutamanya di lobby dan ada juga yang menginap di apartment hotel ini. Petang tu Syah cuma jalan-jalan dikawasan sekitar hotel untuk membiasakan dengan keadaan persekitaran yang baru dan kemudiannya meninjau jalan ke Kubah Makam Diraja tetapi tidak masuk cuma hendak meninjau arah ke makam sahaja untuk Syah ziarah nanti.



Laluan dari Kampong Ayer untuk ke Bandar


Masjid Omar 'Ali Saifuddien

Syah di Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei

Hari Kedua Syah ke Bandar melalui Kampong Ayer di Mukim Tamoi.  Bak kata pepatah Melayu, Malu Bertanya Sesat Jalan dan Syah pun bertanya kepada orang ramai arah menuju kebandar melalui Kampong Ayer dan mereka menunjukan Syah jalan berkenaan. Dari jauh lagi sudah nampak Masjid 'Ali Omar Saifuddien tersergam indah.  Sempatlah bergambar disekitar kawasan luar masjid kerana tidak dibenarkan mengambil gambar didalam masjid. Selepas itu Syah ke Bahagian Istiadat kerana hendak minta buku Dirgahayu sempena sambutan hari keputeran Sultan Brunei ke-67 dan mereka referkan Syah ke Kementerian Dalam Negeri. So dari Istiadat Syah jalan kaki ke Kementerian Dalam Negeri tetapi staff dibahagian berkenaan maklumkan boss dia tak ada dan tak boleh buat keputusan dan Syah maklumkan Syah akan datang kemudian.  Syah dapat rasakan macam dia tak hendak bagi sahaja, mungkin itu tanggapan Syah sahaja.  

Selepas itu Syah ke Pusat Sejarah yang terletak berhampiran Kementerian Dalam Negeri . Syah kemudiannya ke Perpustakaan Pusat Sejarah untuk membaca serba sedikit mengenai sejarah Raja-Raja Brunei. Syah bertanya kepada mereka samada orang luar boleh menjadi ahli perpustakaan dan mereka kata boleh. Mereka ambil gambar dan kad tak boleh siap hari ini kerana pekerja yang bertugas menyediakan kad itu ada program lain diluar. Satu hari Syah disini dan sempat solat berjemaah di Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Selepas perpustakaan tutup Syah jalan-jalan ke Komplek Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah dan ke internet cafe sekejap kerana wifi kat hotel ada problem semenjak Syah ceck-in. Lepas tu Syah pusing-pusing bandar sebelum balik semula ke hotel melalui Kampong Ayer.


Bas No. 39 ke Muzium Brunei di Kota Batu

Makam Al-Marhum Sultan Sharif Ali didalam Kubah di belakang Syah

Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah didalam kubah dibelakang Syah

Pakcik Abdul Malik

Makam di Luba, Makam Al-Marhum berada jauh dalam kubah dibelakang sekali dan terpaksa menyeberangi sungai dengan jambatan ini.

Gadong Mall

Mencuci Pakaian

Cenderahati dari Arif

Hari Ketiga Syah mengambil keputusan untuk ziarah ke Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah di Kota Batu. Syah ke perhentian bas bertingkat untuk ke Kota Batu.  Macam biasa tanya pemandu bas yang ada disitu, no bas yang hendak dinaiki ke Kota Batu.  Bas ke Kota Batu No.39.  Syah minta pemandu bas turunkan Syah di Muzium Brunei.  Turun dari bas, Syah tanya seorang wanita arah ke Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah dan dia kata disana sambil tangannya menunjukkan ke satu arah.  Lalu Syah nampak signboard makam tetapi bukan makam Al-Marhum Sultan Bolkiah tetapi Al-Marhum Sultan Sharif Ali, Sultan Brunei ke-3. Syah ziarah dulu ke makam berkenaan dan balik semula ke Muzium. 

Di Muzium, Syah tanya staff muzium arah Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah, Sultan Brunei ke-5 dan sebenarnya makam tersebut berada kehadapan sedikit daripada Makam Al-Mrhum Sultan Sharif Ali.  Syah kemudiannya jalan kaki ke Makam berkenaan.  Dimakam ada kakitangan Jabatan Agama sedang mengaji dan namanya Abdul Malik. Pak Cik Malik tanya Syah tak ziarah ke Makam di Luba dan Syah maklumkan kepada beliau yang Syah hendak pergi juga tetapi kemudian. Syah sempat tanya dimana lokasinya  dan sebenarnya tempat itu di kampung Pak Cik Malik. Selepas bersembang sekejap kami balik dan Pak Cik Malik menuju kekeretanya dan Syah ke jalan besar tunggu bas.

Masa tunggu bas Pak Cik Malik lalu dan jemput Syah naik.  Ingatkan dia hendak hantar Syah ke bandar tetapi tak sangka Pak Cik Malik terus bawa Syah ke Luba untuk Ziarah Makam Sultan Husin Kamaludin Ibnu Sultan Muhammad Ali, Sultan Brunei ke-16. Walau bagaimanapun makam tu tutp kerana staff yang menjaganya tiada walaupun keretanya ada. Syah bacakan Al-Fatihah untuk Al-Marhum dan kemudian ambil gambar dari luar sahaja. Lalu Syah balik semula ke kereta jumpa Pak Cik Malik. Rupa-rupanya kawasan ini jauh dari jalan besar kalau naik bas, shukur alamdulillah ada insan yang baik hati seperti Pak Cik Malik memberikan bantuan.

Dalam perjalanan ke bandar Pak Cik Malik singgah ke Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dan suruh Syah ambil gambar dan Syah kata tak mengapa sebab Syah hendak Solat Jumaat nanti disitu. Syah bukan apa kesian dengan Pak Cik tu kerana diapun hendak cepat sebab hendak ambil anak dia di sekolah.  Dari masjid, Pak Cik Malik terus hantar Syah ke Perhentian Bas Bertingkat.  Syah ucap terima kasih dan salam Pak Cik Malik. Tak sangka ada juga yang mahu menghulurkan bantuan kepada Syah walaupun beliau tidak mengenali Syah. Shukur Alhamdulillah.

Selepas Solat di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Syah ke Gadong pula naik bas sebab disana ada Shopping Complex - Gadong Mall untuk beli sedikit cenderahati. Setelah dapat apa yang dikehendaki Syahpun balik semula ke bandar dan pulang ke hotel. Malam ini Syah basuh baju dan nasib baik hotel nie ada menyediakan washing machine dan dryer. Kalau tidak jenuhlah Syah memberus pakaian dan keringkanya. Malam nie juga sahabat Syah, Arif yang minat sejarah juga datang ke hotel dan beri Syah dua buah buku untuk koleksi Syah iaitu  buku Istiadat Berpuspa KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 1967 dan Istiadat Pemasyuharan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota. Bertuah rasanya kerana dapat buku-buku berkenaan untuk koleksi Maharum Bugis Syah Mini Royal Library.


Kubah Makam Diraja

Pusat Da'wah Islamiah Brunei

Syah dalam bot menuju Galery Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer.  Mula-mula takut juga sebab botnya laju......... heheeh 


Syah di Galery Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer


Clip-on Sunglasses cenderahati daripada Runy

Buku Dirgahayu 2013


Kad Ahli Perpustakaan & Rekod Pusat Sejarah Brunei

Buku-buku yang dibeli di Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei 

Hari Keempat Pagi nie Syah jalan kaki ke Kubah Makam Diraja yang terletak dibelakang bukit hotel penginapan Syah. Sampai ke Kubah Makam Diraja Syah terus naik ke atas dan berjumpa sahabat Syah Runy.  Selepas ziarah ke makam, Runy bawa Syah melawat Pusat Da'wah Islamiah Brunei untuk melihat perkembangan ugama Islam di Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun gambar tidak dibenarkan diambil dalam dewan pameran mereka. Runy kemudiannya membawa Syah melawat Rumah Bumbungan Duabelas di Jalan Residency yang merupakan bangunan tertua di Brunei.  Bangunan ini dibina pada 1906 sebagai kediaman rasmi Residen British dan kemudiannya Pesuruhjaya Tinggi British di Brunei mulai tahun 1907 hingga 1984. Walau bagaimanapun bangunan ini telah ditutup untuk lawatan mulai 01 Mei 2013 untuk memberi laluan kepada perlaksanaan projek di kawasan berkenaan. Kami tidak dibenarkan masuk.

Kami kemudiannya ke Pusat Kesenian dan Kraftangan Brunei dan sempat melawat sekejap sahaja kerana bangunan ini juga sedang dalam proses ubahsuai.  Dari Pusat Kesenian dan Kraftangan Brunei, Runy bawa Syah melawat Galery Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer berhampiran Dermaga Diraja.  Untuk ke Kampong Ayer tu kena naik bot dengan tambang B$0.50 seorang. Runny bayarkan tambang. Selepas melawat Galeri dan Kampong Ayer Runy hantar Syah balik ke hotel. Sebelum beredar Runy hadiahkan Syah clip-on sunglasses memandangkan keadaan cuaca yang panas terik terutamanya waktu tengahari dan malamnya pula ada masanya hujan. 

Pada sebelah petangnya pula Syah ke bandar untuk berikan hadiah pada sahabat Syah, Naning di pejabat beliau dan sebelum itu Syah singgah ke Kementerian Dalam Negeri untuk ambil buku Dirgahayu tetapi malangnya staff itu maklumkan buku berkenaan sudah habis. Kesal betul rasanya datang jauh-jauh tetapi tak dapat.  Dulu Syah pernah minta buku tu di Bahagian Adat Istiadat dan mereka poskan. Tiba-tiba ada seorang tanya Syah datang dari mana dan Syah maklumkan tujuan Syah datang kesitu.  Dia kata kesiannya pada Syah datang jauh-jauh tetapi tak dapat buku tu.  Allah itu maha berkuasa, dengan takdir Allah dia bagi buku tu pada Syah kerana dia ada buku itu. Walaupun buku tu sudah digunakan, Syah tetap bershukur dan ucap terima kasih pada beliau.

Dari Kementerian Dalam Negeri Syah ke pejabat Naning untuk serahkan cenderahati Syah pada dia dan kemudiannya ke Pusat Sejarah untuk beli Buku dan ambil Kad Keahlian Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei yang Syah daftar hari tu. Selepas ambil kad berkenaan Syah ke Kedai Buku untuk beli buku-buku mengenai sejarah raja-raja yang ada di Kedai Buku Pusat Sejarah. Syah beli buku Adat Istiadat Diraja Brunei, Memoir Seorang Negarawan, Tarsilah Brunei Jilid II dan Berita Jabatan Pusat Sejarah. Buku-buku berkenaan berharga B$150.50. Syah hendak guna credit card tetapi mereka hanya terima cash sahaja.


Syah dibahagian bawah Kubah Makam Diraja. Dibahagian belakang Syah itu adalah Batu Tarsilah Brunei yang mencatatkan salahsilah Sultan-Sultan Brunei.  Batu ini juga merupakan sebahagian dari makam Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II.

 Syah di Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.


 Syah dihadapan tangga Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.


 Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah

 Dalam bas balik ke bandar selepas solat Jumaat.


Menu Syah di Jollibee


Majlis akad nikah di Masjid Omar Ali Saifuddien selepas Solat Asar.

Hari Kelima Syah ke Kubah Makam Diraja sekali lagi pada sebelah pagi dan menziarahi makam-makam di bahagian bawah Kubah Makam Diraja.  Hari ini hari Jumaat dan cuti di Brunei.  Sehubungan dengan itu ramai kerabat diraja yang datang menziarahi makam pada hari ini. Makam-Makam Sultan dibahagian bawah Kubah Makam Diraja ini sedang dalam proses pengubahsuai dan batu-batu nisan mereka telah dialihkan. Syah juga mengambil kesempatan untuk ziarah ke makam Allahyarhamah Pengiran Anak Datin Seri Setia Hajah Siti Saerah yang mangkat pada 04 November lepas dalam usia 83 tahun.

Dari makam Diraja, Syah jalan kaki ke bandar dan disebabkan Solat Jumaat masih awal lagi Syah singgah ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja. Dibangunan ini dipamirkan alat-alat kebesaran diraja Brunei disamping cenderahati yang diterima oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah dari seluruh negara. Malangnya tidak dibenarkan mengambil gambar kecuali bahan pameran di ruang legar sahaja. Dari Bangunan Alat Kebesaran Diraja, Syah jalan kaki ke perhentian bas bertingkat untuk ke Masjid Jame' 'Asr Hassnil Bolkiah. Selepas bertanya dengan orang-orang di kawasan itu, Syah naik bas no. 1 untuk ke masjid berkenaan.

Dari jauh lagi Syah nampak masjid ini tersergam indah dan memang cantik binaannya. Sempatlah Syah keliling kawasan masjid untuk mengambil gambar masjid dari luar.  Ialah sebab tak tahu bila kita akan sampai kesini lagi kan? Jadi kena ambil peluang yang ada ini.  Selepas solat Jumaat Syah tunggu bas semula untuk balik ke bandar. Bila sampai kebandar rasa laparlah pula lalu Syah ke restoran fast food Jollibee di Bangunan Yayasan Sultan Haji Hasannal Bolkiah untuk beli set makanan dia dengan harga B$5.50. Ini 1st time beli makanan kat retoran.
   Sebelum balik ke hotel, Syah singgah sebentar ke Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien untuk Solat Asar.  Syah nampak ramai orang pakai baju melayu dan macam ada function sahaja kat masjid itu. Rupa-rupanya ada majlis akad nikah di Masjid berkenaan.  Selepas Solat Asar Syah ingat hendak balik tetapi tergerak hati hendak lihat adat perkahwinan orang Brunei. Syah minta izin daripada salah seorang ahli keluarga pengantin untuk meyaksikan majlis itu dan beliau kata boleh dan tak jadi masalah. 


Syah di Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul 'Alam Sultan Brune ke-21
Syah dan Naning


Cenderahati dari Naning


Cenderahati dari Naning

Makam Raja Ayang


Syah di Makam Al-Marhum Sultan Sulaiman, Sultan Brunei ke-4


Makam Maharaja Brunei


Syah di hadapan Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah 

Hari keenam Syah ke Kubah Makam Diraja sekali lagi pagi itu untuk ziarah Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul 'Alam Sultan Brune ke-21.  Semalam Syah datang tetapi tak jumpa makam nie, rupa-rupanya makam tu berada diatas Bukit dalam kawasan Kubah Makam Diraja. Syah tak perasan tempat tu semalam sehinggalah diberitahu oleh Naning. Lihat sahajalah pancang besi dikeliling makam dimana kerja-kerja pengubahsuaian makam sedang dijalankan dimana kubah akan dibina di kesemua makam Sultan-Sultan Brunei dibahagian sebelah bawah Makam Diraja. Semasa Syah dimakam, Naning SMS hendak hantar cenderahati kepada Syah dan Syah maklumkan Syah ada di Kubah Makam Diraja lalu Naning datang berjumpa syah dimakam.  Kebetulan minggu nie Naning sibuk kerana jadi pegawai pengiring kepada rombongan dari Malaysia yang melawat tempat kerja dia dan dia tak dapat hendak bawa Syah jalan-jalan.

Naning hantar Syah balik ke hotel dan serakan cenderahati berupa Coin besar tembaga sempena Sambutan Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah menaiki takhta pada tahun 1992, Cawan dan pin sempena istiadat perkahwinan diraja DYTM Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Sampin tenunan diraja Brunei yang dipanggil Kain Tenun Beragi bertabur benang emas dan di rollernya  (tempat simpan kain tu) ada panji-panji yang tertulis "Dengan Perkenan DYTM Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda OMar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien". Selain daripada itu Naning juga bagi Syah buku Dirgahayu bagi tahun 2006, 2009 dan 2011.

Syah rehat sekejap di hotel sebelum keluar semula ke bandar untuk melihat Istana Darussalam di Kampung Sumbiling.  Tadi Naning ada tanya Syah samada hendak dia hantar ke Istana berkenaan dan Syah maklumkan tak perlu, bukan apa kesian dia kerana dia sedang sibuk sekarang. Istana ini adalah tempat kelahiran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Penat Syah jalan kaki tetapi mereka tak bagi Syah ambil gambar Istana tu walaupun dari luar.  Terpaksalah akur kerana security itupun jalankan tugas dia.  Ada orang beritahu Syah, biasanya kalau nak ambil gambar, snap sahaja dari luar dan kalau minta izin memang mereka tak benarkan. Dari Kampung Sumbiling Syah jalan kaki semula ke bandar dan terjumpa Makam Raja Ayang tetapi malangnya makam tupun berkunci dan boleh lihat dari luar sahaja. Syah datang kesini beberapa kali tetapi tak ada rezeki nak masuk sebab ianya berkunci dan kedengaran suara orang mengaji tetapi menggunakan kaset.

Semasa Syah jalan-jalan di Komplek Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah, Naning call dan maklumkan jika Syah tak ada program dia boleh temankan Syah ziarah ke makam-makam lama disekitar bandar tu waktu lunch.  Syah setuju dan Naning minta syah tunggu  di Yayasan.  Dari Yayasan kami ke Tanah Perkuburan Tarap Besar untuk ziarah makam Al-Marhum Sultan Muhyiddin, Sultan Brunei ke-14 dan Al-Marhum Sultan Muhammad Ali, Sultan Brunei ke-12. Di Tanah Perkuburan Jalan Residency pula ada makam Al-Marhum Sultan Sulaiman, Sultan Bunei ke-4. Di Tanah Perkuburan Jalan Residency ini juga kami cari makam Rokayah binti Sultan Abdul Majid Hassan dan akhirnya menjumpai makamnya setelah penat mencari. Manakala di Tanah Perkuburan Dagang, Naning bawa Syah ziarah Makam Maharaja Brunei dan kubur kedua ibubapa Puan Mariam binti Abdul Aziz bekas isteri Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

Malangnya Syah dan Naning batalkan niat untuk ziaah ke Makam Al-Marhum Sultan Saiful Rijal, Sultan Brunei ke-7 di Tanah Perkuburan Kiangeh kerana apabila hendak manaiki tangga untuk keatas bukit ada beruk besar menggangu kami.  Dia macam tengok kamera Syah sahaja dan rasanya dia hendak ambil mungkin diingatnya makanan. Apabila kami naik tangga beruk tu menerkam kami dan kami berpatah balik.  So tak jadilah kami ke makam berkenaan kerana keadaan agak bahaya.  Setelah selesai ziarah ke makam berkenan Naning balik ke pajabatnya dan Syah kembali semula hotel.  Kami semua basah bermandi peluh kerana cuaca panas terik dan kebanyakan makam berada diatas bukit.  Kesian Syah tengok Naning kerana dia puasa hari tu tetpi disebabkan dia tiada masa kerana kesibukan tugas dia bawa juga Syah jalan-jalan walaupun waktu lunch yang panas terik itu.

Sebelah petangnya pula Syah Solat Maghrib dan Insyak di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang terletak berdekatan hotel dan makam diraja. Masjid di Brunei ini semuanya beraircond dan aircondnya memang sejuk sehingga ada yang memakai baju sejuk ketika bersolat. Bersebelahan masjid ini adalah Kampong Ayer dan sebahagian kawasan masjid ini juga berada didalam air.


Syah di sisi makam Ayahanda kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di Kubah Makam Diraja Brunei.


 Syah di Batu Stupa 

Inilah dia makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan, Sultan Brunei ke-9

 Untuk ke makam kena naik bot

Aktiviti sukan di Sekolah Kampong Ayer

 Pulau disebelah kanan Syah itu adalah Pulau Chermin

 Syah dan Ariff di Muzium Brunei, Kota Batu

Istana Darussalam di Kampung Sumbiling


Istana Bandung

 Istana Nurul Iman

Cenderahati kedua dari Ariff

Dihadapan Masjid Omar 'Ali Saifuddien sebelum Solat Maghrib

Waktu Senja di Dermaga Diraja, Bandar Seri Bagawan

Hari Ketujuh macam biasa sebelah pagi Syah ziarah ke Kubah Makam Diraja. Selepas ziarah ke Makam Syah pulang semula ke hotel kerana sahabat Syah, Ariff hendak bawa Syah ziarah ke Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei ke-9 di Tanjung Chendana, Pulau Berambang yang terletak didalam kawasan perumahan Sungai Bunga.  Hendak ke makam ini terpaksa naik bot ke Kampong Ayer berkenaan.  Makam Al-marhum cuma tinggal sedikit batu sahaja mungkin telah patah. Sebelum ke makam Arif bawa Syah pusing-pusing bandar dan singgah sekejap melihat Batu Stupa dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Dagang. Batu Stupa biasanya digunakan untuk membina candi.

Semasa di kampong Air berkenaan Syah sempat menyaksikan temasya sukan sekolah di kampong berkenaan dan salah satu acaranya adalah mendayung dalam tong drum.  Dalam acara ini terdapat seorang peserta perempuan. Macam biasa di Kampong Air nie ada kelinik kesihatan, balai polis, masjid dan sekolah.  Bertuah rasanya dapat menyaksikan aktiviti ini secara kebetulan sahaja.

Arif kemudiannya belanja Syah lunch di Mangrove Paradise Resort. Selepas lunch dia bawa Syah pusing-pusing keliling kawasan Kota Batu dan tunjukkan Syah Pulau Chermin.  Semasa pemerintahan Sultan Sharif Ali, baginda membina kota diantara Pulau Chermin dan Tanjung Chendana.  Semasa perang saudara diantara Sultan Muhyiddin dan Sultan 'Abdul Hakkul Mubin tempat ini dijadikan medan pertempuran selama 12 tahun. Akhirnya Sultan Muhyiddin beroleh kemenangan dan Sultan 'Abdul Hakkul Mubin melebur diri dalam masjid. Maksudnya baginda tidak mahu mengalah lalu membakar Masjid dimana baginda berada didalamnya.

Kami kemudiannya singgah di Muzium Brunei. Bahagian atas muzium ditutup kerana ada kerja-kerja sedang dijalankan dan kami dibenarkan melawat bahagian bawah sahaja. Dari Muzium kami balik semula ke bandar dan terus ke Kampong Sembuling untuk melihat Istana Darussalam.  Masa dalam kereta Syah sempat ambil gambar Istana tu. Arif juga bawa Syah melawat kawasan Istana Darul Hana, Surau Istana Darul Hana dan Istana lama, Istana Bandung.  Istana Bandung menjadi kediaman sementara kepada Sultan Omar 'Ali Saifuddin sementra menunggu Istana Darul Hana siap pembinaannya. Selepas itu kami ke Istana Darul Iman yang merupakan Istana terbesar didunia dan tempat persemayaman Sultan Brunei dan Kerabat baginda. Arif turunkan Syah depan Istana kerana kereta tidak boleh menunggu/parking di kawasan berkenaan. 

Kebetulan semasa mengambil gambar, kedengaran bunyi siren kereta polis dan rupa-rupanya YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berangkat keluar dari Istana.  Beberapa minit kemudian Arif pun sampai mengambil Syah semula dan hantar Syah balik ke hotel.  Sebelum balik Arif hadiahkan Syah Buku Dirgahayu 2013 dan beberapa akhbar Pelita Brunei yang ada artikel berhubung Sultan Brunei dan keluarga baginda sebagai koleksi Syah.  Arif juga berikan Syah surah Yasin. Shukur Alhamdulillah dapat dua buku Dirgahayu 2013 walaupun pada mulanya rasa sedih sebab staff di Kementerian Dalam Negeri maklumkan ianya sudah habis. Itulah rezeki pemberian Allah namanya.

Selepas Solat Asar, Syah kebandar sekejap kerana hari ini last day Syah di Brunei dan esok hendak balik Kuala Lumpur semula. Syah jalan pusing-pusing bandar melihat matahari terbenam di Dermaga Diraja.  Sedih rasa hati hendak meninggalkan Bandar Seri Bagawan dan tak cukup rasanya masa seminggu berada disini. Syah kemudiannya Solat Maghrib di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddin sebelum balik semula ke hotel untuk packing barang-barang yang perlu dibawa pulang dan basuh pakaian.

 Syah dan Runy di dalam Kubah Makam Diraja

Cenderahati daripada Runny sebagai koleksi Syah

Barang-barang yang perlu dibawa balik

 Cenderahati daripada Danny



Syah didalam KLIA Express




Akhirnya sampai ke Rawang Residence Syah

Hari Kelapan Hari terakhir di Brunei dan selepas sarapan pagi di hotel Syah ke Kubah Makam Diraja untuk ziarah dan ucap selamat tinggal pada Runy.  Pagi ini hujan pula, biasanya petang atau malam baru hujan. Agaknya negara Brunei sedih Syah hendak balik ... maaf bergurau sahaja. Bersimbang sekejap dengan Runy dan Syah minta izin untuk balik ke hotel.  Sebelum balik Runy bagi Syah sampul duit yang biasa digunakan oleh Pengiran Perdana Wazir untuk bersedekah jika ke Makam sebagai koleksi Syah. Disebabkan hujan Runy minta salah seorang pekerja makam hantar Syah balik ke hotel. 

Sampai di hotel Syah pastikan semua barang telah dipack dan tidak tertinggal. Jam 12:00hrs Syah call pihak hotel untuk booking teksi ke airport. Sampai di airport Syah balut beg dengan plastik supaya tidak terbuka. Jam 13:00hrs baru boleh check-in.  Penerbangan Syah pada jam 15:15hrs. Selepas tu Syah jumpa sahabat Syah, Danny yang bertugas di airport.  Danny hadiahkan Syah sampul duit yang biasa diberikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah untuk function di Istana dan bekas cenderahati berupa kotak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013. Bertambahlah koleksi Syah untuk Negara Brunei Darussalam.

Masa check-in beg syah excess baggage dan mereka minta keluarkan sebahagian barang. Syah kata tak perlu dan minta bayar sahaja.  Mulanya staff tu kata kena B$60.00 tetapi kemudian datang seorang lagi staff yang memakai uniform MAS katanya B$24.00 sahaja. Tak tahulah mungkin salah kira mula-mula tadi tu kot? Disebabkan excess baggage tu Syah kena bayar di kaunter lain dan dapatkan boarding pass dikaunter berkenaan.  Sementara menunggu masuk ke gate 4, Syah solat dahulu di surau.  Flight delay sedikit dan Syah sampai KLIA lebih kurang jam 18:00hrs.

Sebelum keluar kepintu utama ada polis minta Syah scan beg kerana katanya mencurigakan. Orang lain tak pula kena scan. Mereka tanya bawa apa dan Syah kata buku dan mereka minta scan dua kali sebab kali pertama Syah tegakkan beg dan mereka kata tak nampak macam buku.  Mereka suruh baringkan pula dan baru mereka kata baru nampak buku tu. Dahlah berat beg tu tapi tak apalah mereka jalankan tugas mereka. 

Dari KLIA Syah naik KLIA Express untuk ke KL Sentral. Sampai KL Sentral ingatkan hendak naik Komuter ke Rawang tetapi bila fikir balik masalah juga dengan beg yang berat dan nak naik teksi kat Rawang nanti mesti problem sedikit lalu Syah buat keputusan naik teksi sahaja dari KL Sentral ke Rawang.  Syah ke kaunter teksi dan buat bayaran sebelum tunggu teksi datang.  Kebetulan yang bawa teksi tu juga stay Rawang dan tak perlulah Syah tunjukkan jalan.  Syah sampai rumah jam 21:00hrs.   Shukur alhamdulillah rumah Syah dalam keadaan baik dan perjalanan hari ini berjalan lancar.

Walaupun Syah penat tetapi Syah gembira kerana hasrat Syah untuk ke Brunei semenjak dua tahun lepas tertunai juga akhirnya. Perjalanan sejauh 1342 km bukanlah penghalang utama bagi Syah.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada Naning, Runy, Arif, Danny dan Pak Cik Abdul Malik, Staff Abdul Razak Hotel Apartment, Staff Pusat Sejarah Brunei dan semua warga Brunei diatas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada Syah sewaktu Syah berada di Brunei.  Kenangan semasa di Brunei akan tetap kekal abadi dalam ingatan Syah dan Insyallah jika ada rezeki yang lebih, Syah akan datang semula ke Negara Brunei Darussalam.

Syah minta maaf jika ada tulisan Syah dalam entry ini menyinggung perasaan orang lain tanpa Syah sedari.

12 comments:

  1. Assalamualaikum.wrt.

    Entry yang sangat menarik dan penuh dengan ILMU PENGETAHUAN syah... Jutaan terima kasih diucapkan kepada Syah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya ada membaca artikel tuan didalam page facebook Fantastic Brunei Issue ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas lawatan Syah ke Negara Brunei tempoh hari.

    disini saya ingin membetulkan sedikit artikel tuan mengenai ayat "hukum syarak dikuatkuasakan pada April 2013" sebetulnya April 2014.

    sekian harap maklum. terima kasih atas artikel yang sangat baik.

    ReplyDelete
  3. as salam tuan,

    saya terkejut apabila tuan cakap tuan tidak dibenarkan mengambil gambar istana rasmi sultan brunei.saya ke tempat yang sama ramadhan tahun lepas dan dapat pula bergambar.waktu itu saya memandu dan pengawal benarkan saya memarkir berhampiran pintu masuk istana.kawan-kawan saya (kami berempat) amatlah gembira.mungkin rezeki kami,mungkin dapat ihsan pengawal istana atau mungkin juga sebab kawan-kawan saya itu perempuan(saya seorg saja lelaki)...hehehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas lawatan awda ke Brunei.

    ReplyDelete
  5. Oh yer kesilapan typo error. Memang Syah tahu 2014 kerana sekarang ini dalam percubaan kan? Itulah asik ingat tahun 2013 jew....By the way terima kasih atas teguran.

    ReplyDelete
  6. Salam Zul, Yang tidak dibenarkan mengambil gambar dari luar adalah Istana Darussalam di Kampung Sumbiling iaitu tempat kelahiran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    ReplyDelete
  7. As salam, nanti jika nak minta dirgahayu yang lama kena pergi ke pejabat daerah brunei/muara. Di situ banyak yang lama2. Terima kasih lah berkunjung ke brunei darussalam.

    ReplyDelete
  8. I am a Bruneian but I've never been to most of these places well done :) assalamualaikum

    ReplyDelete
  9. I am so proud with your travel adventure in Brunei. Saya malu sebagai orang Brunei yang tidak pernah melawat makam makam kesultanan Brunei. But you did as a tourist. Well done.

    ReplyDelete
  10. wah..bertuah nya badan..tahniah..klau ada rzki dtg lh lagi..singgah plak kt rumah saya d kg air..hihi..but as they said..well done..really enjoy reading your xperience here..salam mesra..

    ReplyDelete
  11. So proud of you brader

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.