Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat pulang ke Brunei malam ini. Duli Yang Teramat Mulia berada di Malaysia untuk lawatan rasmi negara selama lima hari berangkat tiba ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas. Turut mengucapkan selamat jalan kepada Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor adalah Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.